Perahu bukan sekadar alat pengangkutan, ia melambangkan
hubungan erat masyarakat maritim Melayu dengan laut. Fungsi perahu melangkaui
kehidupan seharian, ia menjadikan budaya perahu sebagai elemen penting dalam
identiti mereka.
Kegunaan perahu juga melambangkan pelbagai aspek seni,
seperti ukiran, kraftangan, seni bina rumah, dan reka bentuk senjata
tradisional.
Dua proses utama dalam pembikinan perahu tradisional yang
ampuh iaitu penyediaan lunas dan melentur papan.
Lunas adalah rangka asas pembinaan perahu di mana ukuran
panjangnya akan menentukan saiz sesebuah perahu. Ia merupakan sebatang kayu
bersegi yang lebar dan tingginya sama tetapi panjangnya berbeza.
Bagi masyarakat Terengganu, pembinaan perahu pada peringkat
awal menggunakan lunas daripada perahu jalur.
Dalam pada itu, papan-papan dinding yang dipasang pada
perahu perlu dilentur terlebih dahulu supaya sesuai dengan bentuknya. Proses
membentuk atau timbal papan menggunakan pasung dan dilayur berpasangan dengan
bara api selama beberapa ketika.
Kemudian papan itu ditarik bagi membengkok papan pada tahap
yang dikehendaki dan dibiarkan berkeadaan demikian selama beberapa hari. Tujuan
melayur papan adalah untuk mematikan tekstur kayu.
Sumber: Discovery Terengganu
No comments:
Post a Comment