Sunday, 23 February 2025

SEJARAH STESEN KERETA API SEGAMAT

 
Stesen Kereta Api Segamat mula beroperasi pada tahun 1909 sebagai sebahagian daripada laluan kereta api Pantai Barat. Stesen Segamat bukan sahaja dimanfaatkan penduduk Segamat, bahkan dari dari Tangkak (55 kilometer), Muar (80 kilometer) dan Muadzam Shah (50 kilomter), Pahang. 

Perkhidmatan kereta api di Johor sebenarnya telah bermula tahun 1866 lagi apabila landasan Johor Bahru – Gunung Pulai telah dibuka pada zaman Sultan Abu Bakar, diikuti dengan projek kereta api di Muar. Namun kedua-duanya tidak kekal lama.

Melalui perjanjian 1904, Federated Malay State Railway (FMSR) bersetuju untuk membina landasan kereta api dari sempadan Johor-Negeri Sembilan sejauh 193 kilometer. 

Kerajaan Johor terpaksa berhutang untuk pembiayaan pembinaan landasan kereta api tersebut dengan membayar ansuran selama 21 tahun. Kerajaan Johor telah dapat menjelaskan hutang itu pada awal tahun 1918.

Dalam tahun 1909, keretapi telah mulai sampai di pekan Rantau Panjang (kini dikenali Segamat).
 
Landasan di Negeri Johor siap sepenuhnya pada 30 Jun 1909 dan pada 1 Julai 1909 upacara pelancaran perkhidmatan pertama oleh Johor State Railways (JSR) bertempat di Stesen Kereta Api Segamat telah dirasmikan dengan penuh gilang gemilang.

Landasan ini telah melengkapkan bagi  Johor dari sempadan Negeri Sembilan dan menyambung terus laluan ke utara.

Pada tahun 1924 stesen keretapi Segamat telah digantikan dengan bangunan baharu yang lebih besar di tempat yang sama.
 
Pada 28 April 2021, operasi stesen lama dihentikan bagi memberi laluan kepada pembinaan stesen baharu di bawah Projek Penduaan dan Elektrifikasi Laluan Gemas-Johor Bahru.
 
Stesen baharu ini mula beroperasi pada 15 Mei 2024 dengan reka bentuk moden dua tingkat serta kemudahan seperti ruang menunggu yang selesa dan akses mudah untuk penumpang.

Gambar atas - Stesen Segamat pada 28 Julai 1954

Gambar bawah - Stesen Segamat baharu




No comments:

Post a Comment