Monday, 20 May 2024

LINTASAN RATA LANDASAN KERETA API BANGI LAMA

 
Pasukan penyelidik Railway Cartographic Research Project (RailCREP), sebuah projek kajian di bawah Persatuan Katografi Melaka telah menjejaki sebuah lokasi yang menempatkan warisan sejarah kereta api lama di Selangor yang semakin luput ditelan masa. Lokasi yang dimaksudkan ialah lintasan rata kereta api atau level crossing yang terletak di pekan Bangi Lama, Selangor.
 
Terdapat beberapa naskah kartografi lama yang memaparkan lokasi lintasan rata ini antaranya ialah peta yang diterbitkan pada tahun 1945. Dalam usaha mengenal pasti lokasi tersebut, pasukan penyelidik membuat perbandingan di antara peta yang berusia hampir 80 tahun dengan imej satelit Google Earth yang terkini dan sehelai gambar lama lokasi bersejarah tersebut yang dirujuk daripada halaman Facebook Kelab Peminat Sejarah & Gambar Lama II.
 
Lintasan tersebut pada waktu kini telah tidak wujud lagi kerana telah digantikan dengan sebuah jambatan yang terletak sekitar kurang 100 meter dari lokasi lintasan lama tersebut. Terdapat beberapa kesan peninggalan yang masih ada di lokasi ini antaranya beberapa serpihan "Sleepers" lama landasan kereta api yang diperbuat daripada kayu dan tapak jajaran bekas laluan landasan lama.
 
Berdasarkan sejarah, stesen kereta api lama Bangi yang terletak tidak jauh dari pekan Bangi Lama ini telah dibina sekitar tahun 902 dan kini telah digantikan dengan stesen yang baru seperti yang kelihatan pada hari ini.
 
*Penulisan oleh Shahrul Azzim Abd Aziz dan Dr. Mohamad Rohaizat Abdul Wahab.
 
Sumber gambar - Facebook Kelab Peminat Sejarah & Gambar Lama II.

No comments:

Post a Comment