Sudah berulang bertahun-tahun. Sudah banyak
kali diingatkan dan diberi amaran, tetapi sikap degil tetap tidak berubah.
Sikap tidak bertanggungjawab membuang sampah di tepi jalan oleh perantau yang
pulang berhari raya amat mendukacitakan.
Paling menyedihkan apabila sikap itu
dikaitkan dengan perantau pulang berhari raya ke Kelantan. Maknanya, perbuatan
itu majoriti dilakukan oleh mereka berasal Kelantan atau ingin pulang berhari
raya di Kelantan.
Sedihnya, perbuatan itu dilakukan di negeri
Pahang. Membuang sampat di negeri orang, tetapi semua tahu bahawa perbuatan itu
bukan dilakukan oleh orang Pahang.
Sampah itu dibuang adalah sampah membungkus
makanan dan minuman untuk berbuka. Turut dibuang ialah lebihan makanan dan lampin
pakai buang kenak-kanak. Kawasan tersebut kelihatan dengan jelas sampah sarap.
Untuk membersihkan perlu menggunakan tenaga pekerja pembersihan.
Perantau yang bertolak dari Lembah Klang,
mengalami kesesakan lalu lintas terpaksa berhenti di mana-mana tempat yang ada
ruang untuk berbuka. Biasanya tempat yang menjadi pilihan adalah Jalan
Lingkaran Tengah Utama (LTU) yang empat lorang dan ada ruang agak luas untuk
letak kenderaan dan berbuka di situ.
Semoga sikap buruk ini tidak diteruskan.
Sampah atau sisa itu sepatutnya dimasukkan ke dalam plastik bekas dan kemudian
dibawa bersama-sama sebelum dibuang apabila sampai di destinasi atau di
mana-mana tempat ada disediakan tong sampah.
Gambar pada 5 April 2024 di laluan LTU di
antara Kuala Lipis ke Gua Musang.
Kredit Zack Yaakub (Alam Flora)
No comments:
Post a Comment