Orang Melayu akan bangsat jika hilang
kuasa. Itu hakikat perlu diakui bangsa Melayu sendiri. Ramalan ini bukan untuk
menakutkan bangsa Melayu. Itu bakal benar-benar berlaku. Justeru itu,
bangsa Melayu mesti terus berkuasa. Jangan biarkan kuasa pemerintahan yang dipegang
sekarang diserahkan kepada bangsa lain. Ini bukan soal rasis atau
perkauman.
Orang Melayu mesti mengukuhkan kedudukan dan
mempertahankan sebagai kuasa dominan di Malaysia atau berisiko menjadi orang
asal negara maju seperti di Amerika Syarikat dan New Zealand.
Jangan Melayu jadi macam ‘Red Indian’ yang
cuma tinggal sejarah, atau Maori yang ada muzium dan nama, tapi tidak ada
kuasa.
Mana-mana kaum jika berpeluang pasti ingin
menjadi penguasa atau pemerintah. Bahkan dalam konteks di Malaysia yang
berbilang kaum, ada kaum yang biarpun jumlahnya sedikit atau tidak menjadi
majoriti masih beriya-iya hendak menguasai kerusi pemerintah, biarpun dengan
cara proksi.
Jika Melayu hilang kuasa, nasibnya akan sama seperti dialami Melayu Singapura. Jika Melayu hilang kuasa, peluang untuk terus membina kekuatan ekonomi akan terbantut.
Bayangkan, biarpun dibantu dan beri pelbagai kemudahan
untuk memperkukuhkan ekonomi dan sosial, bangsa Melayu sekarang masih
ketinggalan berbanding bangsa lain.
Bayangkan apa yang akan berlaku jika Melayu hilang kuasa. Tiada lagi bantuan dan keistimewaan untuk orang Melayu. Jangan fikir perkara ini remah kerana lemah Melayu, bererti juga hancur Islam di Malaysia. Kekuatan Islam di Malaysia kerana kekuatan dan kuasa orang Melayu.
Kalau Melayu ada masalah, cari penyelesaian, sama ada peringkat nasional, peringkat negeri, takkan tidak ada penyelesaian. Ajaran Islam mengajar kita agar bersatu dan taatkan pemimpin.
No comments:
Post a Comment