Tuesday 20 June 2023

Hasil ternak madu kelulut diguna bantu asnaf

 
Pengerusi Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan (PCAK), Fazliyaton Daud, melakukan pelbagai cara bagi mendapatkan dana bagi membantu golongan asnaf. Antara usaha yang dilakukan ialah menternak kelulut di halaman rumahnya yang terletak di Kampung Rusa, Jelawat, Bachok.
 
Melalui hasil menternak kelulut itu dapat membantu golongan asnaf yang masih banyak perlu dibantu.
 
Bermula kira-kira setahun lalu, kini di sekeliling rumahnya terdapat 79 rumah kelulut termasuk 48 yang sudah matang. Untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti madu kelulut, di sekeliling kawasan rumah itu ditanam dengan pokok yang menghasilkan bungan seperti pokok jambu, pokok durian dan pokok manggis.
 
Rumah kelulut yang ditempatkan di halaman rumah seluas lebih 0.4 hektar itu kini sudah mendatangkan hasil dan 100 peratus hasil jualan dimanfaatkan kepada golongan asnaf.
 
Hasil jualan madu kelulut itu membolehkan lebih banyak asnaf dapat dibantu.
 
PCAK merupakan NGO kebajikan yang berusaha membantu golongan asnaf. PCAK memerlukan lebih banyak sumbangan daripada orang ramai agar lebih banyak lagi asnaf dapat dibantu.
 
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Pengerusi Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan, Fazliyaton Daud di talian 011-1941-3639.
 
Pihak yang ingin menyumbang boleh dilakukan melalui akaun bank: 100-5055-000000-084 (MBSB). 
 
Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan adalah pertubuhan berdaftar. Nombor pertubuhan: PPM-006-03-30032021 

No comments:

Post a Comment