Wednesday 31 May 2023

DURIAN RAJA DAMAK LEBIH ENAK

 
Kampung Damak yang terletak di daerah Jerantut, Pahang terkenal sebagai pengeluar pelbagai jenis Durian Premium Kampung (DPK). Terkenal dengan nama Lembah Durian Kampung Damak, salah satu jenama DPK terkenal di kampung berkenaan ialah damak king yang dijual RM55 sekilo, dikatakan lebih enak daripada musang king
 
Selain damak king, nama jenis DPK yang terdapat di Kampung Damak ialah mas hijau, duri hitam, kulit buaya, naga emas, aji aziz, kepala gajah, tembaga damak dan beberapa jenis yang tidak begitu terkenal tetapi tetap menjadi pilihan penggemar raja buah.
 
Isi damak king lebih sedap dan aromanya me­ngujakan menjadi antara faktor ia berjaya menambat hati pelanggan sehingga mengatasi jualan musang king dan DPK jenis lain.
 
Selain rasa sedap serta berlemak, isi yang tebal dan berwarna oren turut menjadi tarikan utama penggemar 'raja buah' itu untuk mendapatkanya setiap tahun.
 
Manakal ciri-ciri lain terdapat pada DKP ialah buah bertangkai segar, bebas kotoran, tidak busuk, bentuk sempurna, isi krim, kuning atau jingga, ketebalan isi melebihi 10 milimeter (mm), rasa berlemak dan sedikit pahit serta buah melebihi 1 kilogram.

No comments:

Post a Comment