Tuesday 10 January 2023

PENYAKIT BUKTI MANUSIA MAKHLUK YANG LEMAH

 
Penyakit adalah satu daripada bukti yang menunjukkan manusia ini adalah makhluk yang lemah. Apabila ditentukan Allah SWT akan berlaku, ia pasti berlaku dan akan mengenai sama ada orang baik atau orang jahat.
 
Penyakit berlaku kepada orang yang taat kepada Allah SWT dan orang yang fasiq (ingkar perintah Allah). Cuma ia berbeza antara individu.
 
Namun, seseorang yang diuji oleh Allah SWT dan dia bersabar di atas ujian itu, pasti Allah SWT akan mengurniakan kepadanya kelebihan yang banyak.
 
Frman Allah SWT: "Sesungguhnya orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira." (Surah al-Zumar, ayat 10)
 
Sesungguhnya yang menyembuhkan penyakit adalah ketentuan Allah SWT. Kita hanya berusaha melakukan apa yang sepatutnya untuk menyembuhkan, termasuk mendapatkan rawatan dan mengamalkan kaedah atau cara yang diketahui umum sebagai cara pengubatan.
 
Firman Allah SWT bermaksud: "Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku.” )Surah Ash-Shuara, ayat 80)

Ayat di atas merupakan doa Nabi Ibrahim dalam rangka usaha dakwah kepada kaumnya, agar mereka faham yang berkuasa menyembuhkan kesakitan adalah Allah SWT.  
 
Sakit adalah perkara biasa yg dilalui oleh setiap orang di atas muka bumi. Tiada seorang pun yang tidak pernah merasa sakit.

Gambar - Pesakit kegagalan buah pinggang menjalani prosis dialisis

No comments:

Post a Comment