Cantik
gambar ini. Sekali pandang macam piramid di padang pasir. Namun, semua orang kenal ia bukan
piramid. Ia adalah kawasan bukit yang digondolkan untuk tujuan pertanian, agaknya. Lojik akal tidak mungkin ia digondokan untuk dibangunkan kawasan perindustrian di kawasan ini.
Sebelum
itu, kawasan ini tentunya dipenuhi dengan pokok besar yang bernilai. Ia dikenali kayu balak. Jadi tauke balak biasanya boleh kaya.
Entah
apa jenis pokok yang ingin ditanam di kawasan ini. Dan, tidak pasti pula di
mana gambar ini dirakamkan dan pada masa bila. Jangan buat andaian bukan-bukan
jika ada tidak tahu perkara sebenarnya.
Ambo pun tidak tahu apa-apa mengenai gambar ini. Hanya muat turun dari media sosial. Itupun kerana tertarik melihatnya. Menarik dan tertarik.
Kepada
yang tahu mengenainya boleh buat kapsyen yang jelas mengenai gambar ini. Lebih
elok lagi jika dibuat rencana atau berita mengenainya. Tentu banyak yang ingin
mengetahui mengenainya.
No comments:
Post a Comment