Memalukan
dan menampakkan ketidakmatangan “orang-orang UMNO” apabila masing-masing cuba
menyerang dan berhujah mengikut pemahaman masing-masing tetapi rakyat terbanyak
yang makin jelak dengan politik siang malam ini melihat sinis.
UMNO
belum pecah tetapi dari flip-flop Presiden dalam membuat keputusan MT lepas
mengajak orang-orang UMNO untuk terus bercakaran. Sidang media yang berlaku
sejurus selepas mesyuarat MT kelihatan seolah satu skrip yang telah disiapkan
sebelum mesyuarat berlangsung.
Jika
ianya disediakan dan dirakam sebelum mesyuarat berlangsung maka tiada gunanya
mesyuarat yang berlangsung hampir 5 jam.
Telahan
ini diperkuatkan lagi apabila pada keesokannya kita menerima “kenyataan media
tambahan” kepada hasil mesyuarat MT. Kenapa perlu ada kenyataan tambahan kepada
kenyataan media dan sidang media Presiden yang dikatakan “langsung” pada tengah
malam rabu itu?
Ini
merupakan kesekian kalinya berlaku satu kenyataan dari UMNO yang tidak sama
dengan intipati sebenar perjalanan mesyuarat. Apa yang dilaporkan dalam
kenyataan rasmi ini tidak menggambarkan agenda yang dibincangkan dalam
mesyuarat MT.
Adakah
ini flip-flop Presiden atau sememangnya kelemahan SUA UMNO Mat Maslan yang
hanya banyak bercakap tetapi gagal dalam bekerja?
Seawal
mesyuarat berlangsung, Presiden terlebih dahulu mengucapkan ucapan tahniah dan
mengalu-alukan perlantikan Timbalan Perdana Menteri kepada DS Ismail Sabri dan
diminitkan sebagai minit mesyuarat.
Semua
ahli MT tahu pasal ni. Ucapan ini secara tidak langsung seluruh MT menerima
lantikan tersebut dan dimaklumkan di dalam mesyuarat MT dan semestinya ia
menjadi satu bentuk endorsement kepada lantikan itu.
Justeru,
hujah dan dakwaan bahawa lantikan jawatan TPM tidak diterima UMNO atau ditolak
UMNO tidak timbul.
Sebelum
mesyuarat MT berlangsung pun, dikhabarkan berlaku pertemuan antara DS Ismail
Sabri dan Presiden DS Zahid Hamidi untuk membincangkan pengumuman perlantikan
TPM tersebut di PWTC.
Sebelum
itu Bossku juga telah dimaklumkan dan mendapat sokongan untuk lantikan
tersebut.
“Orang
UMNO” harus berhenti mempolimekkan isu lantikan ini dan seharusnya memfokuskan
usaha bersama tanpa mengira perbezaan warna politik untuk memastikan
kejayaan rakyat keluar dari pandemik dan tekanan ekonomi yang telah sampai ke
tahap yang amat membimbangkan.
Cukup-cukuplah
“orang UMNO” berpolitik menyalahkan pemimpin sendiri. Di dalam mesyuarat MT
pada Rabu lepas tidak tertulis satu perkataan pun bahawa UMNO akan keluar dari
kerajaan PN.
Apa
yang ada ialah menarik sokongan kepada Perdana Menteri TSMY dan memberikan
kebebasan kepada ahli-ahli parlimen untuk menggunakan budi bicara dalam
menyokong kerajaan atau sebaliknya jika berlaku undian di “Parlimen”.
Tidak
dinyatakan dengan jelas kebebasan ini hanya untuk hal-hal berkaitan undian di Parlimen
atau juga melibatkan sokongan kepada kerajaan yang tertubuh hari ini di luar
persidangan Parlimen.
Apa
pun, keputusan dan ketetapan yang telah dibuat MT melalui sidang media
Presiden pada malam itu merupakan satu perkara yang memeningkan ramai orang
termasuk kepimpinan UMNO sendiri.
Tidak
seharusnya kenyataan Presiden dibuat awal sebelum mesyuarat berlangsung dan
tidak seharusnya status “langsung” digunakan jika ianya merupakan rakaman.
Wassalam
Pak
Pamoga
Bagan
Datuk
Gambar: Pemandangan di Pulau Beluru, delta Sungai Kelantan. Sekadar hiasan.
No comments:
Post a Comment