Monday, 14 June 2021

CARA MULA TERNAK KAMBING

Semakin banyak berminat untuk menternak kambing. Satu perkembangan yang baik. Penternakan kambing mampu memberi pulangan baik jika dilakukan dengan bersistematik.

Mana yang mahu mula projek ternakan, ini antara perkara awal perlu dibuat:
- Pastikan susun atur ladang, bahagian mana tanaman rumput napier, kandang dan stor makanan.
- Tanam rumput napier
- Bina kandang.
- Daftar sebagai ahli Peladang atau mana-mana badan berkaitan.
- Pergi ke Jabatan Veterinar untuk berbincang apa-apa yang berkaitan dengan penternakan kambing.
- Pergi ke pejabat daerah untuk daftar aktiviti penternakan.
- Pergi ke bank buka akaun syarikat
- Sudah siap kandang, beli ubat-ubatan asas untuk kambing.
- Buat silaj (selepas rumput boleh dituai) dan beli makanan tambahan lain seperti PKC dan soya.
- Proses menternak boleh berjalan.

Selamat Maju Jaya!

No comments:

Post a Comment