Monday, 7 June 2021

Rakyat marah Azmin Ali benarkan banyak kilang beroperasi

Tular di media maya gambar Datuk Seri Azmin Ali sedang makan mi segera. Gambar tersebut sebenarnya diambil dari akaun twitter beliau sekitar Julai 2018. Kira gambar lamalah.

Namun, ia kembali tular sebagai satu hasut maya tanda tidak puas hati rakyat kepada beliau yang telah meluluskan ratusan ribu kilang dan perusahaan beroperasi dalam kerajaan melaksanakan penutupan penuh aktiviti sosial dan ekonomi.

Kemarahan rakyat terhadap Azmin kerana dianggap mengutamakan keuntungan pemilik kilang besar berbanding rakyat.

Selagi kilang dibenarkan beroperasi, selagi itu masalah kes jangkitan Covid-19 berlarutan dan semakin bertambah. Lebih 30 peratus kluster jangkitan Covid-19 adalah dari kluster tempat kerja dari sektor perkilangan.

Bilangan yang terlibat bukan sekadar dua tiga orang untuk satu-satu kluster tempat kerja dari sektor perkilangan. Bilangannya mencecah ratusan dan malah jika melibatkan kilang besar sehingga ribuan orang.

Selangor mencatatkan bilangan mangsa Covid-19 tertinggi adalah dari pekerja sektor perkilangan. Tidak peliklah kerana di Selangor terdapat banyak aktiviti perkilangan.

Jadi, rakyat berharap agar aktiviti perkilangan dihentikan sepenuhnya untuk satu jangkamasa agar rantaian jangkitan Covid-19 dapat diputuskan.

Malangnya, masih banyak kilang dibenarkan beroperasi atas alasan perkhidmatan perlu sehinggakan kilang arak pun dibenarkan meneruskan operasi.

Nasib baik Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kemudian mengumumkan bahawa operasi kilang arak mesti berhenti operasi sepanjang PKP 3.0 kerana ia bukan termasuk dalam perkhidmatan perlu. 

No comments:

Post a Comment