Lelaki
dilarang atau diharam memakai pakai perhiasan emas dan pakaian daripada
sutera. Larangan memakai emas sebagai perhiasan termasuk bahan dibuat
menggunakan campuran emas atau pancalogam seperti suasa yang terbentuk hasil
campuran emas dan tembaga.
Larangan
menggunakan campuran emas ialah kerana pencampuran itu tidak menghilangkan struktur
asal emas yang boleh diasingkan kembali untuk membentuk emas asal.
Al-Bara
meriwayatkan, katanya yang bermaksud: “Rasulullah SAW menyuruh kami tujuh
perkara dan melarang kami daripada tujuh perkara.
“Baginda
menyuruh kami mengikuti jenazah, melawat orang sakit, menghadiri jemputan,
menolong orang yang teraniaya, membenarkan sumpah, menjawab salam, menjawab dan
berdoa kepada orang yang bersin.
“Dan
Rasulullah SAW melarang tujuh perkara; baginda melarang kami dari (makan/minum)
dalam bekas perak, cicin emas, sutera, dibaj (sutera bergambar), qissi (sutera
campur kapas) dan sutera tebal.” (Hadis riwayat Bukhari).
Dalam
hadis lain dijelaskan bahawa emas dan sutera hanya untuk wanita, namun
diharamkan untuk lelaki.
Sabda
Rasulullah SAW bermaksud: “Emas dan sutera dihalalkan bagi umatku yang wanita,
namun haram bagi lelakinya” (Hadis riwayat Ahmad dan Nasai)
No comments:
Post a Comment