Islam menggalakkan aktiviti pelancongan.
Perkara
ini tentu bertentangan dengan pemikiran kebanyakan kita apabila disebut
pelancongan, ia dikaitkan dengan keseronokan, hiburan, aktiviti tidak bermoral,
pelacuran dan perjudian.
Hakikatnya,
pelancongan merangkumi segenap aspek seperti persidangan, sukan, riadah,
pendidikan, perubatan, perniagaan dan hubungan diplomatik.
Islam sebenarnya telah lama
memperkatakan tentang aktiviti melancong dan menggalakkan agar umat Islam
melakukan aktiviti itu untuk mendapat banyak kebaikan daripadanya.
Dalam al-Quran terdapat kalimah seperti sihu, yasiru, siru dan al-rihlah yang
mempunyai maksud berkaitan dengan mengembara dan melancong.
Aktiviti
pelancongan dapat menjana ekonomi dan memperkasakan kecerdasan emosi serta
rohani. Malah pelancongan boleh menjadi wadah menyebarkan dakwah di kalangan
pelancong yang datang ke tanah air.
Firman
Allah SWT yang bermaksud: "Pergilah berjalan (mengembara) di muka bumi
kemudian lihatlah bagaimana akibat orang yang mendustai Allah.” (Surah al-Anam,
ayat 11).
Allah
SWT menyuruh kita melancong agar dapat kita melihat keunikan ciptaan alam dan
budaya hidup masyarakat sesuatu kaum. Setiap tempat mempunyai perbezaan dari
segi penciptaan alam semulajadi dan penduduknya.
Pengalaman yang diperoleh melalui pelancongan diharapkan dapat menyedarkan
betapa hebatnya penciptaan Allah SWT dan secara langsung dapat menimbulkan rasa
kehambaan kepadaNya.
Semasa
melancong hendaklah dengan niat yang baik dan tidak terbabit dengan aktiviti
yang bercanggah dengan syariat. Ingatlah, sesuatu yang dilakukan tanpa
diniatkan kerana Allah SWT adalah sia-sia.
Bagi
memastikan aktiviti pelancongan menepati kehendak Islam semua pihak yang
terbabit mestilah memastikan tiada sebarang aktiviti menyanggah syariat
berlaku.
Tidak
dinafikan, aktiviti pelancongan di negara turut melibatkan arak, perjudian dan
hiburan, ia diuruskan oleh pengusaha bukan Islam dan disediakan untuk pelancong
bukan Islam.
Justeru, pengusaha atau syarikat pelancongan Islam mesti mengelak terlibat
mengendalikan aktiviti tidak menepati syarak.
Penglibatan
pengusaha Islam dalam industri pelancongan diharapkan dapat mengelak sikap
sekadar meraih untung seperti yang diamalkan oleh pengusaha bukan Islam.
Mereka menyediakan kemudahan ibadat untuk orang Islam, tetapi pada masa sama
juga menawarkan khidmat tidak bermoral jika dipinta.
Amat
malang sekali ada pengusaha yang sanggup menipu pelancong. Penganjur pakej
umrah dan haji yang bertujuan mengerjakan ibadat umrah sanggup menipu
pelanggan.
Mereka berlagak warak dan alim, tetapi telah melakukan sebaliknya. Perkara ini
tidak sepatutnya berlaku.
Gambar hiasan: DAur Resort, Melawi
No comments:
Post a Comment