Wednesday 13 January 2021

CARA BERENDAM DALAM KOLAM AIR HANGAT SEMULAJADI

Banyak kolam air hangat atau kolam air panas semulajadi menjadi tumpuan banyak orang yang ingin pengalaman berendam di situ. Sekarang ini banyak kolam air hangat yang terdapat di negara kita kini telah dibangunkan sebagai tempat rekreasi.

Kolam air hangat adalah sumber mata air semulajadi yang keluar dari rekahan batu batan yang berpunca jauh dari perut bumi. Air yang keluar dalam suhu panas kesan dari pemanasan dari perut bumi. Ia adalah sebahagian daripada aktiviti gunung berapi yang lemah di kerak bumi.

Air yang berasal dari perut bumi asalnya amat panas. Namun, kadar kepanasannya berkurangan sepanjang perjalanan sehingga ke permukaan bumi.

Air hangat yang keluar itu mengandungi bahan galian dari perut bumi di antaranya ialah kalsium fluorida dan silika. 

Bahan-bahan ini semua antara sebab kenapa hot springs dibuat sebagai rawatan alternatif untuk bermacam penyakit apabila dibuat secara tepat dan berlanjutan terutamanya sakit pinggang dalam badan, strok dan lain-lain lagi.

Sumber air panas ini mempunyai suhu antara 40 hingga 55 darjah celcius.

Untuk memasuki kolam air hangat tidak boleh pakai terjah atau terus masuk sahaja. Perlu ada cara atau perkara asas dipatuhi demi untuk menjaga keselamatan dan kesihatan.

Berendam dalam air hangat memang mendatangkan kebaikan kepada kesihatan. Namun, tidak semua orang sesuai untuk melakukan, terutama mereka yang mengalami atau mengidap penyakit kronik seperti buah pinggang, jantung, darah tinggi dan kencing manis.

Sebenarnya, mereka mengalami penyakit tersebut boleh berikhtiar untuk menyembuh atau mengawal penyakit tersebut dengan cara berendam dalam air hangat semulajadi. 

Apa yang perlu dilakukan ada secara bertahap-tahap. Bagi yang kali pertama eloklah hanya merendam bahagian kaki sahaja. Pada masa sama cubalah ambil sedikit air hangat itu untuk disapukan ke bahagian muka, tangan dan sebagainya. 

Setelah rasa selesa dan tidak mendatang tanda-tanda pening atau rasa letih, bolehlah berendam lebih lama dan lebih dalam lagi.

Setelah biasa berendam di dalam kolam air hangat semulajadi, bolehlah cuba untuk menyelam di dalamnya.

Bagi individu yang sihat, tidak ada masalah untuk terus masuk ke dalam air hangat mengikut kedalaman yang diingini dan menyelam.

Anda boleh berada dalam air hangat mengikut masa yang diingini, tetapi dicadangkan tidak melebihi satu jam setiap sesi. Kepada individu yang mengidap penyakit berbahaya memadai berendam dalam air hangat tidak melebihi setengah jam untuk setiap sesi.

Antara kebaikan berendam dalam air hangat semulajadi ialah:
- Beri ketenangan kepada tubuh badan.
- Membantu mengurangkan stress
- Membuka liang roma di wajah
- Membuang toksin
- Melancarkan peredaran darah
- Memberi kelegaan ketegangan otot kerana aktiviti seharian
- Menaikkan kadar metabolisma dalam badan
- Mengubati penyakit kulit

No comments:

Post a Comment