Thursday, 12 November 2020

Pengiktirafan PDRM kepada anggota 16 RAMD

Batalion Keenam belas Rejimen Askar Melayu Diraja (16 RAMD) sekali lagi membuktikan keberkesanan MOOTW di mana 2 orang anggota pasukan ini iaitu 1170468 LKpl Mohamad Izuan bin Mohamad Yusof dan 1204857 Pbt Muhammad Nasrul Amin bin Azahari telah dianugerahkan Surat Penghargaan dari pihak PDRM di atas pencapaian yang telah dipamerkan semasa penglibatan di dalam Op Penawar.

Penganugerahan ini berlanjutan daripada kejayaan anggota tersebut membantu pihak PDRM di dalam rampasan narkotik - 1,000 biji Pil Yaba, 52.2 gram Syabu dan 100 Pil Eremin 5 ketika melaksanakan rondaan MPV bersama pihak IPD Machang.

Pengiktirafan ini telah disempurnakan oleh Ketua Polis Daerah Machang, DSP Ganti bin Jimmy di Bilik Gerakan IPD Machang pada 10 Nov 2020.

Pengiktirafan ini dilihat sebagai salah satu platform penanda aras bagi warga Harimau Pantai Timur untuk lebih berdedikasi dan komited terhadap apa jua penugasan yang diberikan. Selain itu, penghargaan ini merupakan gambaran hubungan "peningkatan hubungan Tentera Darat dnegan awam" di dalam perlaksanaan operasi secara bersepadu.

FB: Briged Kelapan Infantri Malaysia
Tarikh siaran 10 Nov 2020

No comments:

Post a Comment