Friday, 20 November 2020

BAGAIMANA CARA BANK MENCIPTA WANG KERTAS

Fractional Reserve System (FRS) ciptaan Rothschild adalah sistem di mana bank di seluruh dunia mencipta duit. Duit kita bukan lagi disandarkan dengan 'simpanan emas - gold standard' bermula dari tahun 1971 lagi (Bretton Woods), duit kita hari ini tak kira lah duit fizikal atau duit elektronik tidak disandarkan dengan apa-apa lagi. Ianya di panggil duit fiat iaitu duit yang dihasilkan atas persetujuan kuasa-kuasa tertentu.

Semakin banyak duit dicetak, semakin jatuh nilai duit tersebut. Semakin jatuh nilai duit berkadaran langsung dengan peningkatan inflasi. Semakin tinggi inflasi, semakin tinggi harga barang dan service dan ini menyebabkan kita makin miskin dan miskin.

Secara dasarnya kita kena tahu dari mana duit dicipta dan kita harus bersama hapuskan sistem ini. Apa yang nak diterangkan ini, tidak diajar disekolah dan di universiti, bahkan orang-orang besar bank pon kebanyakkan tak tahu sistem ini. Mereka ibarat kerbau dicucuk hidung. Sebab tu orang bank banyak tipu awak semua, sebab dia pon hidup ditipu.

Sebagai contoh anggap di Malaysia ini ada satu bank sahaja untuk memudahkan penyampaian.

Ali ada RM1000 hasil berniaga dan simpan duit tersebut ke dalam bank dan dalam buku akaun dia tertulis Ali sudah deposit RM1000 ke dalam bank. Melalui sistem FRS, bank akan simpan 10% (RM100) duit Ali di dalam simpanan bank dan 90% (RM900) lagi bank akan memberi pinjam kepada orang yang memerlukan.

Katakan yang membuat pinjaman itu bernama Bedah. Pinjaman itu tidak dibayar tunai ke Bedah, sebaliknya dimasukkan ke dalam akaun Bedah. Maka, tertulis di akaun Bedah ada RM900. Berdasarkan kepada sistem FRS, bank boleh memberi pinjam kepada pihak lain sebanyak R810 iaitu 90 % dari RM900.

Begitulah proses seterusnya. Dengan kata lain, jumlah sebenar dimiliki bank (disimpan oleh pelanggan) adalah jauh kecil berbanding yang diberi pinjam kepada pemimjan.

Disebabkan inilah punca sebenar kenapa nilai duit kita makin jatuh hari demi hari. Semakin banyak duit di pasaran, semakin jatuh nilai duit. Barang menjadi semakin mahal. 

Di Malaysia, pihak yang berkuasa menentukan jumlah cetakan wang kertas, mahupun wang siling adalah Bank Negara Malaysia (BNM) yang kemudian mengagihkan wang kepada bank-bank dan institusi lain sebelum diagihkan kepada orang ramai.

Jumlah wang berada di pasaran perlu dikawal agar mengelak kadar inflasi terlalu tinggi. Bagaimanapun, memang sukar untuk meletakkan kadar inflasi pada kadar 0%. Kadar inflasi antara 2 hingga 4 peratus dianggap sihat untuk sesuatu sistem ekonomi.


No comments:

Post a Comment