Penggunaan
fabrik yang nipis dan jarang akan menyebabkan bahagian badan dapat dilihat
dengan jelas oleh orang lain, yang sekaligus menafikan maksud menutup aurat.
Satu
lagi ciri fabrik untuk busana wanita Islam ialah tidak ‘melekat’ di bahagian
badan. Terdapat jenis fabrik yang lembut dan licin akan menampakkan bentuk
badan pemakainya biarpun digunakan untuk fesyen yang longgar.
Persoalannya,
mengapa wanita sukakan pakaian seksi? Jika diikutkan istilah fesyen, pakaian
menutup aurat lebih menarik. Pakaian menutup aurat begitu terserlah kehebatan
fesyennya. Sedangkan, pakaian seksi nampak ringkas, tidak nampak di mana nilai
fesyennya.
Peraturan
ketat terhadap wanita berkaitan pakaian bukan bertujuan menyusahkan atau
menyekat kebebasan kaum wanita. Islam agama memberi kemudahan kepada umatnya.
Jadi, jika ada sesuatu yang dirasakan menyusahkan, itu sudah tentu ada
kebaikannya.
Sebaliknya,
jika iman dalam keadaan lemah, apapun perintah agama akan dirasakan
membebankan. Sesungguhnya, syaitan sentiasa memperdayakan manusia agar berat
untuk melaksanakan perintah Allah.
Kejadian
yang menimpa wanita seperti dirogol, dicabul kehormatan, gangguan seksual,
dibunuh dengan kejam dan mangsa fitnah banyak berpunca cara berpakaian tidak
menutup aurat. Malangnya masih banyak wanita yang tidak serik.
Banyak
wanita mempertahankan haknya untuk memilih fesyen tidak menutup aurat. Malah
ada yang berhujah mengatakan wanita yang berpakaian sopan juga banyak menjadi
mangsa sikap tanggungjawab lelaki.
Lantas,
mereka mendakwa kes kejadian rogol tidak mempunyai kaitan dengan cara wanita
berpakaian. Perbuatan itu berpunca nafsu lelaki yang tidak dapat dikawal. Jadi,
lelakilah yang harus dipersalahkan dalam hal itu. Lelaki buat salah, mengapa
pula wanita dipersalahkan dalam hal itu?
Memang
tidak dapat dinafikan banyak kes rogol, dicabul kehormatan, gangguan seksual,
dibunuh dengan kejam dan mangsa fitnah turut melibatkan wanita berpakaian
sopan. Tetapi, rangsangan ke arah perbuatan itu berpunca daripada wanita yang
tidak menutup aurat.
Lelaki
yang tidak berpeluang untuk melakukan niat buruk terhadap wanita seksi, akan
mengambil kesempatan terhadap wanita dan kanak-kanak lain. Mereka menjadi
mangsa keadaan yang dicetuskan oleh wanita lain.
Fesyen
mendedah aurat tidak mematuhi etika berpakaian kerana tidak ‘lengkap’. Mendedahkan aurat samalah tidak berpakaian.
Aurat adalah sesuatu yang perlu dirahsiakan kepada pandangan umum. Jika sudah
terdedah sana sini, itu kira macam tidak berpakaian atau berpakaian tidak
lengkap.
Memakai
pakaian sendat atau ketat sehingga kelihatan seperti melekat di badan
pemakainya akan menampakkan semua tempat bentuk tubuh badan. Keadaan tersebut
sama seperti pemakainya tidak berpakaian.
Sekarang
ini banyak anak gadis yang memakai 'baju adik'. Baju itu betul-betul sendat dan
labuhnya sekadar bawah sedikit bahagian pusat. Jika pemakainya tunduk atau
mengangkat tangan, pasti nampak bahagian pusat dan pangkal punggung.
Sekarang
ini sudah menjadi trend, gadis memakai baju adik biasanya bertudung. Jika mereka telah memilih untuk bertudung,
cubalah pula mematuhi peraturan lain dalam soal berpakaian.
Pemilihan
pakaian yang longgar dan labuh merupakan satu suruhan wajib bagi setiap wanita
Islam agar menepati maksud menutup aurat. Jika mereka telah memilih menutup
aurat, biarlah benar-benar seperti yang telah ditetapkan syarak.
No comments:
Post a Comment