Tuesday 17 December 2019

Penerbangan terus Kota Bharu - Johor Bharu


Syarikat penerbangan Firefly memulakan penerbangan terus tiga kali seminggu dari Johor Bahru ke Kota Bahru bermula 17 Disember 2019. Kemudahan penerbangan itu dijangka akan merancakkan promosi Tahun Melawat Kelantan 2020.

Jurucakap Firefly menjelaskan pihaknya akan menyediakan penerbangan sebanyak tiga kali seminggu bagi laluan baharu itu iaitu pada Selasa, Khamis dan Sabtu.

Laluan baharu itu diwujudkan bagi memenuhi permintaan pelanggan yang tinggi selain menjadi pemangkin kepada perkembangan ekonomi bagi kedua-dua negeri dengan jangkaan sejumlah 400 penumpang seminggu.

Perkhidmatan itu juga akan membantu menjimatkan masa perjalanan kepada 90 minit berbanding sembilan jalan menggunakan pengangkutan darat.

Perkhidmatan ini diharap dapat merancakkan lagi Tahun Melawat Kelantan 2020 yang bertemakan Kelantan di Hati atau 'I Love Kelantan' dengan berkonsepkan 'Keluarga, Makanan dan Festival’.

Kerajaan Kelantan mensasarkan kemasukan pelancong seramai 5.5 juta sempena Tahun Melawat Kelantan 2020. 

1 comment: