Wednesday, 20 November 2019

BAYI BERUSIA 8 HINGGA 11 BULAN


Apabila bayi sudah masuk usia 8 bulan, dia akan mula fokus pada perkembangan motor kasar.

Motor kasar ini dia melibatkan otot besar macam otot kaki, lengan dan kesuluruhan badan budak-budak. Motor kasar nanti sangat mempengaruhi kesempurnaan pergerakan baby bila dia sudah besar nanti.

Umur 9 bulan, sepatutnya bayi sudah boleh merangakak dan hendak cuba-cuba untuk berdiri. Ada yang lebih cepat, sudah mula bertatih sepanjang almari, sofa atau dinding sebagai sokongan.

Pada julat usia ini juga, bayi sudah mula mengembangkan keupayaan mengutip benda kecil atau halus dengan gunakan ibu jari dan jari telunjuk.

Apabila dapat objek atau mainan, bayi pada usia ni akan mula meneroka dengan cara yang lebih ke hadapan. Dia akan jatuhkan atau campakkan mainan, ketuk-ketuk mainan, pindahkan mainan dari sebelah tangan ke sebelah tangan yang lain.

Jika bayi pegang dua mainan pada kedua-dua belah tangan, dia boleh ketuk mainan tu antara satu sama lain. Waktu ini juga baby sudah mula sibuk henak ambil tahu macam mana satu-satu mainan tu berfungsi.

Contohnya kalau ada butang, dia akan mula tekan-tekan.
Ini menunjukkan baby dah start faham apa itu 'hubungan sebab dan akibat' pada permainan yang dimain.

Ibu ayah jangan pelik bila tengok anak dah mula buat aktiviti keluarkan objek atau mainan dari dalam bakul atau bekas. Kemudian dia masukkan balik mainan tu ke dalam bakul. Dan dia akan buat aktiviti ni secara berulang-ulang sampai dia bosan.

Ciri-ciri mainan yang mesti ada pada bayi berusia 8 hingga 11 bulan:
-  Warna yang menarik minat dan cerah.
- Ada bunyi seperti muzik, lagu atau loceng
- Saiz yang besar dari genggaman tangan baby
- Bebas dari toksik dan boleh dibasuh

No comments:

Post a Comment