Chin Peng dilahirkan pada 21 Oktober 1924 di
Sitiawan, Perak dengan nama sebenar Ong Boon Hwa. Beliau adalah Setiausaha Agung
Parti Komunis Malaya (PKM).
Nama Chin Peng dirakam sebagai sejarah hitam
tanah air akibat keganasan dilakukan PKM.
Chin Peng berketurunan Kantonis yang didakwa
lahir di sebuah kedai kecil dua tingkat menjual basikal, di No. 36, Jalan
Kampung Koh, Sitiawan, Perak.
Bagaimanapun, dalam perbicaraan memohon
dibenarkan masuk Malaysia, beliau gagal mengemukakan sijil kelahirannya.
Beliau merupakan anak kedua daripada enam
beradik yang hidup dalam kemiskinan. Ayahnya datang dari negara China yang
kecewa akibat kemelesetan ekonomi di Tanah Besar China.
Semasa kecil, Chin Peng minat sekali membaca bahan-bahan media cetak dan mengikuti perkembangan di negara China. Ketika itu berlaku pertikaian antara Chiang Kai-shek dan Mao Zedong.
Semasa kecil, Chin Peng minat sekali membaca bahan-bahan media cetak dan mengikuti perkembangan di negara China. Ketika itu berlaku pertikaian antara Chiang Kai-shek dan Mao Zedong.
Tentera Jepun pula merampas Manchuria dan
menguasai pedalaman China. Negara China merupakan tanah kelahiran bapa dan
nenek moyangnya di kawasan Kwantung.
Semasa berumur 15 tahun, Chin Peng mempunyai
perasaan yang dekat dengan nasionalis berpendidikan barat Chiang Kai Shek yang
menguasai kawasan selatan China dan Taiwan.
Namun, buku kecil On Protacted War yang
dikarang oleh Mao Zedong mengubah pendiriannya kepada aliran komunisme.
Tekadnya jelas untuk menentang Jepun yang kemudian menyerang Tanah Melayu pada
tahun 1941.
Penglibatan Chin Peng dalam PKM bermula pada
tahun 1940 apabila diterima untuk menyertai parti itu yang menjadi satu cabang
Parti Komunis China di seberang laut.
Beliau turut menyertai Force 136, satu
pasukan bersenjata yang ditubuhkan oleh perisik British bagi menentang Jepun di
Tanah Melayu. Ketika itu umurnya baru sahaja 18 tahun. Chin Peng memimpin
Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA), sebuah pasukan gerila bagi menentang
tentera Jepun.
Atas jasanya terhadap perjuangan penentangan
pendudukan Jepun, Chin Peng dijemput ke London untuk menerima medal Order of
the British Empire kerana sumbangannya yang besar memimpin MPAJA dan Force 136
menentang Jepun.
Tapi tekadnya untuk menubuhkan kerajaan
komunis di Tanah Melayu dan menyingkirkan British dan akhirnya memerdekakan
Malaya semakin membuak-buak selepas itu.
Ketika berumur 23 tahun, Chin Peng dilantik
sebagai Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya menggantikan Lai Tek yang telah
dibunuhnya di Thailand. Lai Tek telah belot dan melarikan wang Parti Komunis Malaya.
Di bawah pimpinan Chin Peng, Parti Komunis
Malaya semakin agresif dan militan dengan menyerang ladang-ladang, gudang
getah, rumah asap dan rumah pengurus milik orang British di Tanah Melayu.
Lantaran itu, ahli PKM semakin menyanjung
keberanian dan wawasan Chin Peng. Taktik ini membawa padah kepada Parti Komunis
Malaya kerana ditolak di kalangan orang Melayu.
Namun, terdapat juga orang Melayu menyertai
PKM seperti Rashid Maidin, Abdullah C.D, Samsiah Fakeh dan Suraini Abdullah.
Penyertaan di kalangan Melayu disebabkan PKM
tidak mengamalkan atiesme. Walaupun prinsip utama komunisme yang ditulis oleh
Karl Marx tidak mempercayai tuhan dan menyatakan bahawa agama itu adalah candu
manusia.
Pengalaman orang-orang Melayu selepas Perang
Dunia II dan taktik komunis yang membunuh beratus-ratus rakyat yang tidak
berdosa menyebabkan kebanyakannya orang Melayu menolak cara ganas komunis.
Perjuangan bangsa Melayu untuk mendapatkan
kemerdekaan tanpa pertumpahan darah tidak disenangi komunis yang inginkan kuasa
politik jatuh ke tangan mereka dengan cara menggunakan keganasan dan menanam
rasa takut kepada rakyat amnya.
Perjuangan komunis tidak boleh dianggap
sebagai perjuangan untuk kemerdekaan kerana mereka hanya berjuang untuk
kepentingan PKM dan bukan untuk kemerdekaan Malaya. Ini terbukti apabila mereka
tetap meneruskan taktik ganas mereka walaupun selepas Malaysia mencapai
kemerdekaan.
Kemerdekaan terbukti boleh dicapai bukan
dengan perjuangan pertumpahan darah dengan sia-sia tetapi dengan rundingan
damai yang lebih berfaedah dan bermanfaat untuk semua pihak.
Akibat kesukaran dan kekurangan sokongan daripada masyarakat, pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng telah meminta perundingan diadakan pada tahun 1955. Rundingan Baling diadakan di Sekolah Rendah Kebangsaan Tunku Putera, Baling pada tahun 1955.
Akibat kesukaran dan kekurangan sokongan daripada masyarakat, pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng telah meminta perundingan diadakan pada tahun 1955. Rundingan Baling diadakan di Sekolah Rendah Kebangsaan Tunku Putera, Baling pada tahun 1955.
Tunku Abdul Rahman yang mendapati Chin Peng
enggan menerima syarat pembubaran PKM dan enggan menyertai pilihan raya melalui
parti lain sebagai syarat pengampunan, bertindak menolak tuntutan PKM agar
dibenarkan bergerak sebagai sebuah parti politik yang sah.
Chin Peng kembali ke dalam hutan dan
melakukan keganasan. PKM terus menyebarkan propaganda agar rakyat membenci
usaha untuk mencapai kemerdekaan.
Sepanjang keganasan dilakukan oleh PKM,
seramai 2,083 anggota keselamatan negara terkorban dan mencacatkan 3,541
anggota lain manakala sebanyak 2,588 orang awam pula dibunuh dengan 1,490 yang
lain cedera.
Setelah komunis runtuh di Rusia dan runtuhnya
Tembok Berlin di Jerman Timur pada 1989, PKM semakin goyah. Satu perjanjian
damai antara kerajaan Malaysia, kerajaan Thailand dengan PKM ditandatangani di
Haadyai pada 1989. Perjanjian ini dikenali sebagai Perjanjian Haadyai.
Setelah 1989 tidak ada lagi perjuangan
bersenjata. Ahli PKM diterima sebagai warganegara Malaysia dan boleh kembali
ke Malaysia dengan syarat membuat permohonan.
Namun Chin Peng tidak membuat permohonan
kembali ke Malaysia dalam tempoh yang ditetapkan iaitu setahun.
Chin Peng tidak pernah menyatakan kesal
memimpin PKM dalam perperangan mereka menentang kerajaan Malaysia, malah bangga
dengannya.
No comments:
Post a Comment