Sunday 16 April 2023

KETIKA BERSALAM TIDAK PERLU SELAWAT

 
Perlukah kita bersalam (berjabat tangan) diiringi dengan selawat kepada Nabi Muhammad SAW yang fadilatnya akan menggugurkan dosa?
 
Sebenarnya tiada walau satu hadis menyatakan agar selawat ketika berjabat tangan. Tiada walau satu hadis, atau atsar, atau fatwa imam 4 mazhab menyarankan selawat ketika berjabat tangan.
 
Wajar untuk kita ambil ibrah dari Kisah Ibnu Umar yang melarang orang berselawat ketika bersin seperti diriwayatkan oleh Imam at-Tirmizi: “Daripada Nafi', bahawa seorang lelaki bersin berhampiran dengan Ibnu 'Umar, lalu lelaki itu membaca: Segala puji bagi Allah, salam ke atas Rasulullah SAW.  Ibnu 'Umar berkata: Aku juga membaca 'Segala puji bagi Allah, salam ke atas Rasulullah' akan tetapi bukan begini Rasulullah SAW mengajar kami. Baginda mengajar kami menyebut: Alhamdulillah, 'ala kulli haal (segala puji bagi Allah atas setiap keadaan). (Hadis riwayat Tirmizi)
 
Ibnu 'Umar melarang hal ini kerana menggabungkan tahmid dan salam ke atas Nabi SAW apabila bersin bukanlah apa yang diajar Nabi SAW. Apa yang diajar Nabi SAW ajar adalah tahmid sahaja.
 
Riwayat ini menunjukkan pentingnya dalam ibadah kita berusaha mencontohi Rasulullah SAW kerana itulah yang terbaik.
 
Begitulah, selawat bagus, namun kaitkan selawat dengan berjabat tangan dengan fadilat tertentu pula, tidak disebut oleh Nabi SAW.
 
Berjabat tangan itu sendiri ada kelebihan dalam mengugurkan dosa, sebagaimana diriwayatkan daripada al-Bara’ berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tidaklah ada dua orang muslim itu apabila bertemu, lalu bersalamanan, melainkan akan diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah.” (Hadis riwayat Ahmad. Dinilai sahih lighairihi oleh Shaik Syu'ib al-Arnauth)
 
Dengan tidak menambah selawat ketika berjabat tangan, sebenarnya itulah mengugurkan dosa serta dapat kecintaan Ilahi, kerana mengikut petunjuk Rasul diutuskan Allah.

No comments:

Post a Comment