Dalam
kebanyakan kopi pracampur atau pemakanan tambahan, kerap kita mendapati unsur
saw palmetto dimasukkan sekali. Kewujudan unsur saw palmetto dijadikan daya
penarik kepada pengguna untuk membelinya. Ia dikhabarkan hebat dan memberi
kebaikan yang amat istimewa.
Apakah
sebenarnya saw palmetto?
Saw
palmetto adalah tumbuhan dari keluarga Serenoa repens berbentuk jenis
palma. Ia adalah tumbuhan tahan lasak, lambat membesar dan hidup
lama.
Dipercayai ada pokok tersebut yang tumbuh di Florida telah mencapai usia lebih
500-700 tahun. Ia banyak tumbuh di kawasan tenggara Amerika Syarikat.
Buahnya
kemerah-hitam berbiji besar boleh dimakan dan merupakan makanan ruji dan
ubat-ubatan untuk orang asli di kawasan berkenaan.
Pada awal tahun 1900, kaum lelaki menggunakan saw palmetto bertujuan untuk
merawat masalah saluran kencing. Ia juga untuk meningkatkan pengeluaran sperma
dan meningkatkan libido.
Hari ini, saw palmetto digunakan secara meluas untuk merawat masalah
seksual yang berkaitan dengan simptom pembesaran prostat, masalah berkaitan
sistem urinari, batuk dan sesak nafas.
Selain itu, saw palmetto juga popular digunakan untuk pembesaran payudara,
tenaga seksual, menyeimbangkan metabolisma, menaikkan selera makan dan membantu
penghadaman.
Kajian
di Amerika Syarikat telah membuktikan saw palmetto begitu berkesan di dalam
melegakan simptom Benign Prostatic Hyperplasia (BHP).
Simptom
BHP termasuk kekerapan dan keinginan kencing yang sukar dikawal, kesukaran dan
kesakitan ketika kencing dan gangguan pengaliran kencing.
No comments:
Post a Comment