Saturday, 28 November 2020

MASBRO KAWASAN HIKING DI LENGGONG PERAK

Sekitar tahun 80-an Teh Lenggong amat terkenal di negeri Perak. Aroma dan cita rasa Teh Lenggong ternyata berbeza dengan teh-teh yang lain. Ini adalah satu produk yang dapat dibanggakan oleh penduduk Lenggong dan kerana teh Lenggong juga Lenggong dikenali di merata tempat.

Tanah milik PKNK dikatakan seluas 700 ekar dibangunkan serta memberi manfaat peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Namun, kisah mengenai Teh Lenggong sekadar menjadi sejarah.... mengapa dan kenapa ia tidak diteruskan manjadi rahsia kepada orang ramai.

Banyak di kalangan penduduk sebenarnya tidak tahu di Lenggong ada ladang teh yang luas sayup mata memandang. 

Pun begitu, kisah mengenai kewujudan ladang teh kembali menerpa minda dan pengetahuan ramai. Ini kerana kawasan berkenaan kini menjadi kawasan hiking penduduk setempat dan peminat mendaki dari luar Lenggong. 

Mereka yang melakukan hiking di kawasan tersebut akan menuju ke puncak di mana terdapat mercu tanda iaitu Stesen Gelombang Mikro Ladang Teh Lenggong. Nama tersebut menarik minat pengunjung untuk mengetahui kaitan nama ‘Ladang Teh Lenggong’ dengan tempat itu.

Selain itu, kawasan tersebut kini telah dimajukan sebagai tempat percutian yang dikenali Masbro Hidden Village. Masbro Hidden Village adalah tempat percutian yang jaun dari kesibukan bandar besar. Menariknya, bangunan penginapan di situ dibina mengikut senibina pondok buluh tradisional (Negrito/Senoi/Proto Melayu). Setiap pondok boleh menampung 6 orang penghuni.

Kawasan tersebut terdapat air terjun yang nyaman sesuai dengan status kawasan sebagai hutan hujan Warisan Dunia UNESCO yang tidak disentuh Lenggong, Perak.

Masbro Hidden Village terletak 2 kilometer dari bandar Lenggong dan 1.8 kilometer dari penempatan terdekat, pengunjung boleh menikmati ketenangan alam semula jadi.  

No comments:

Post a Comment