Masjid Tok Guru Haji Wan Ismail, Kampung Belukar,
Jalan Kadir Adabi, Kota Bharu merupakan masjid iktikaf yang aktif menjalankan
aktiviti keagamaan, selain fungsi utama tempat menunaikan solat jemaah setiap
waktu lima kali sehari.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah ceramah
agama, kelas al-Quran, kelas bahasa Arab dan aktiviti lain. Biarpun tidak
dijadikan tempat sembahayang Jumaat, di masjid tersebut diadakan solat sunat
Aidilfitri dan Aidiladha.
Masjid Tok Guru Haji Wan Ismail berada di
tepi Jalan Kadir Adabi. Jadi, ia menjadi tumpuan pengguna laluan tersebut untuk
berhenti menunaikan solat secara berjemaah atau perseorangan.
Nama Masjid Tok Guru Haji Wan Ismai adalah
mengambil nama seorang tokoh agama terkenal iaitu Tuan Guru Waji Wan Ismail bin
Wan Hassan (1895-1964). Beliau merupakan seorang tokoh ulama Kelantan yang suka
merantau. Beliau sezaman dengan Tuan Guru Haji Abdullah Tahir Bunut Payong .
Mula mendapat pendidikan agama apabila
memasuki Pondok Tok Kenali pada tahun 1909. Selepas itu ke Pondok Bendang Gucil, Patani
pada tahun 1913. Selepas 10 bulan d isana, beliau merantau ke Kedah dengan
berjalan kaki melalui Senggora selama 9 hari.
Beliau tinggal di Kedah selama 5 bulan
sebelum ke Pulau Pinang dan Melaka. Selepas itu beliau merantau pulang semula
ke Patani dan menuntut di Pondok Chaok. Pada tahun 1921 beliau berangkat ke
Mekah bagi mendalami ilmu agamanya .
Beliau pulang ke Kelantan pada tahun 1931
dan mula mengajar di Kampung Tapang, Kota Bahru. Dikenali sebagai seorang yang
alim ilmu falak dan qiraat. Beliau pernah ditawarkan jawatan kadi tetapi ditolaknya
kerana beberapa sebab.
Di antara guru beliau ialah :
- Tok Kenali
- Tok Senggora
- Tuan Guru Haji Abdullah Bendang Gucil
- Tok Chaok
- Syeikh Muhammad Zain
- Syeikh Mokhtar
- Syeikh Abdul Ghani
- Syeikh Anwar
- Syeikh Abdul Malik
- Tok Kenali
- Tok Senggora
- Tuan Guru Haji Abdullah Bendang Gucil
- Tok Chaok
- Syeikh Muhammad Zain
- Syeikh Mokhtar
- Syeikh Abdul Ghani
- Syeikh Anwar
- Syeikh Abdul Malik
No comments:
Post a Comment