Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor
yang bersidang pada 12 Rabiul Awwal 1422 bersamaan 4 Julai 2001 telah
membincangkan mengenai Skim Cepat Kaya.
Fatwanya: 'Skim cepat kaya adalah pelaburan
batal dan haram hukumnya. Setiap umat Islam hendaklah menjauhi dan mengelakkan
dirinya dari terlibat dengan skim ini. Bagi mereka yang telah terlibat
hendaklah bertaubat dengan segera.'
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-69 yang bersidang pada
13-15 Jun 2005 di Johor Bahru telah membincangkan Hukum Skim Cepat Kaya dan
Seumpamanya. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
Hukum terhadap Skim Cepat Kaya adalah haram
kerana ia mengandungi unsur-unsur judi, riba, gharar dan tadlis dan umat Islam
dilarang daripada terlibat dengan skim ini.
Menurut seksyen 47 Enakmen Pentadbiran
Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 [En. 1/2003], Jawatankuasa Fatwa bagi Negeri Selangor, atas perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan menyediakan fatwa yang dinyatakan dalam Jadual dan disiarkan menurut subseskyen 48(6) Enakmen itu.
Warta
bertarikh 21 April 2006
menyatakan hukum terhadap Skim Cepat Kaya adalah
haram kerana cara beroperasinya yang mengandungi unsur-unsur judi, riba, gharar dan tadlis. Oleh itu, umat Islam dilarang daripada terlibat dengan skim ini.
Antara ciri-ciri pelaburan cepat kaya antaranya ialah:
- Seseorang pelabur boleh melabur seberapa banyak wang yang dikehendaki dan pihak pengurus skim akan membayar balik keuntungan mengikut peratus yang ditetapkan.
- Semua pelaburan yang dibuat selalunya dicatatkan dalam buku senarai pelabur dan resit akuan terima wang juga tidak dikeluarkan. Urus niaga skim ini berdasarkan prinsip percaya mempercayai dan tiadasurat perjanjian khusus tentangnya.
- Semua pelaburan adalah dibuat dalam bentuk wang tunai.
- Pihak pengurus skim juga melantik wakil-wakil dan ajen-ajen di beberapa tempat bagi mendapatkan pelabur-pelabur baru. Setiap wakil atau ajen mendapat bayaran sagu hati mengikut kadar yang dipersetujui berasaskan jumlah pelaburan yang dipungut.
- Pihak pengurus skim tidak terikat untuk membayar balik wang pelabursekiranya pelaburan berkenaan mengalami kerugian.
- Skim ini akan terus beroperasi sekiranya pada setiap masa ada pelabur baru yang melabur. Jika tiada, pihak pengurus akan menghadapi masalah untuk membuat pembayaran keuntungan kepada pelabur yang sedia ada. Apabila hal ini terjadi (tiada lagi pelabur baru) maka pelabur yang sedia ada yang baru menyertai skim ini tidak akan mendapat pulangan dan akan kehilangan wang yang telah dilaburkan.
- Tiada bukti menunjukkan pihak pengurus skim ini melaburkan wang yang terkumpul ke dalam mana-mana institusi kewangan atau pelaburan saham dalam atau di luar negara.
Memang sikap manusia tidak mudah puas
dengan apa yang telah dimiliki. Biarpun telah memiliki kekayaan, mereka
ingin lebih banyak lagi kekayaan.
Daripada Anas Rasulullah SAW bersabda: 'Seandainya
anak Adam mempunyai dua lembah harta tentu dia masih menginginkan yang ketiga.
Padahal yang memenuhi perut anak Adam hanyalah tanah-tanah(kuburnya) dan Allah
tetap menerima taubat orang yang ingin bertaubat' (Hadis riwayat Bukhari
dan Muslim).
Antara ciri-ciri pelaburan cepat kaya antaranya ialah:
- Seseorang pelabur boleh melabur seberapa banyak wang yang dikehendaki dan pihak pengurus skim akan membayar balik keuntungan mengikut peratus yang ditetapkan.
- Semua pelaburan yang dibuat selalunya dicatatkan dalam buku senarai pelabur dan resit akuan terima wang juga tidak dikeluarkan. Urus niaga skim ini berdasarkan prinsip percaya mempercayai dan tiadasurat perjanjian khusus tentangnya.
- Semua pelaburan adalah dibuat dalam bentuk wang tunai.
- Pihak pengurus skim juga melantik wakil-wakil dan ajen-ajen di beberapa tempat bagi mendapatkan pelabur-pelabur baru. Setiap wakil atau ajen mendapat bayaran sagu hati mengikut kadar yang dipersetujui berasaskan jumlah pelaburan yang dipungut.
- Pihak pengurus skim tidak terikat untuk membayar balik wang pelabursekiranya pelaburan berkenaan mengalami kerugian.
- Skim ini akan terus beroperasi sekiranya pada setiap masa ada pelabur baru yang melabur. Jika tiada, pihak pengurus akan menghadapi masalah untuk membuat pembayaran keuntungan kepada pelabur yang sedia ada. Apabila hal ini terjadi (tiada lagi pelabur baru) maka pelabur yang sedia ada yang baru menyertai skim ini tidak akan mendapat pulangan dan akan kehilangan wang yang telah dilaburkan.
- Tiada bukti menunjukkan pihak pengurus skim ini melaburkan wang yang terkumpul ke dalam mana-mana institusi kewangan atau pelaburan saham dalam atau di luar negara.
Bertaubatlah sebelum terlambat. Sesiapa menerima keuntungan secara batil atau
skim yang meragukan termasuk dalam perbuatan dosa. Keuntungan itu dikira
seperti riba.
Skim cepat kaya satu bentuk penipuan dan penindasan yang memberi kesan amat buruk kepada mangsa. Mereka kehilangan harta dan menanggung hutang disebabkan terpengaruh janji cepat kaya.

No comments:
Post a Comment