Sebutan tuntun dan tonton tidak banyak
beza. Tetapi, kedua-dua perkataan itu dari segi perbuatan jauh berbeza.
Maksud perkataan tuntun ialah memegang
tangan seseorang untuk menolongnya berjalan; memimpin. Perbuatan tuntun ialah
seperti mengheret basikal, mengheret kerbau dan sebagainya.
Manakala maksud perkataan tonton pula ialah
melihat pertunjukkan, wayang gambar, perlawanan bola sepak dan lain-lain.
Jadi, pastikan anda menyebut atau mengeja
dengan betul sama ada tuntun atau tonton
Lelaki dalam gambar itu sedang menuntun
lembu keluar dari kandang untuk dipertontonkan kepada pelawat dalam satu
pameran lembu sihat yang diadakan di satu tempat tidak diketahui namanya.
Sekadar contoh ayat.
No comments:
Post a Comment