Mengapa si kaya memerlukan si miskin. Allah SWT melebihkan pemberian
kekayaan kepada invividu bukan bermakna darjatnya di sisi Allah SWT tinggi. Allah
SWT tidak memandang kepada kekayaan atau pangkat. Sebaliknya, di sisi
Allah SWT yang dipandang terhadap manusia adalah takwanya.
Firman
Allah SWT bermaksud: “Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi
Allah ialah orang yang paling takwa di antara kamu” (Surah al-Hujuraat, ayat 13).
Golongan kaya perlu sedar, kehidupan senang dan mewah mereka
sebenarnya disumbangkan golongan miskin.
Bayangkan jika semua manusia dalam
keadaan kaya, siapakah akan sanggup bekerja atau berkhidmat kepada orang
lain. Ketika itu semua manusia perlu melakukan sendiri untuk memenuhi
keperluan hidup.
Maka itu, golongan kaya perlu
mempunyai hubungan baik dengan golongan miskin. Hidup saling lengkap
melengkapkan dan tolong menolong.
Golongan miskin berasa mereka
dihormati dan diterima dalam masyarakat apabila golongan kaya sanggup membantu
mereka dalam hal pengagihan zakat.
Jadi, melalui hubungan baik itu,
mudahlah terbentuk masyarakat yang harmoni dan tidak keberatan untuk saling
membantu dalam ruang lingkup tugas masing-masing.
Jika
semua orang satu tingkatan dalam masalah rezeki, tentulah akan kesukaran bagi
sebahagian orang untuk memanfaatkan sebahagian orang yang lainnya.
Hubungan sesama Islam diumpamakan
seperti satu bangunan yang saling melengkapkan antara satu sama lain. Jika
ada satu bahagian yang runtuh, maka akan runtuhlah keseluruhan bangunan itu.
Apabila golongan kaya mengeluarkan
zakat, bersedekah dan membantu golongan miskin, wang itu boleh digunakan oleh penerimanya. Ini mengelak harta beku
atau disimpan tanpa dibelanjakan.
Perbelanjaan dalam sistem ekonomi
akan mewujudkan peluang pekerjaan dan seterusnya mengatasi pengangguran.
Suasana ekonomi yang lancar
sebenarnya memberi keuntungan kepada semua peringkat rakyat.
Golongan kaya akan memperoleh
keuntungan melalui sektor ekonomi yang mereka terlibat, sedangkan golongan
miskin akan berusaha untuk mendapat rezeki lebih banyak dan seterusnya
terkeluar daripada kemiskinan.
Golongan miskin yang dibantu dapat
keluar dari penderitaan hidup dan mereka mempunyai peluang untuk
berdikari.
Apabila tidak wujud lagi
pengangguran, tahap produktiviti dalam masyarakat dan negara bertambah.
Kitaran ekonomi yang lebih baik memberi peluang lebih banyak pihak terlibat
dalam aktiviti eknomi dan seterusnya mencapai tahap ekonomi penuh.
Gambar sekadar hiasan.
No comments:
Post a Comment