Di Korea dan Jepun juga belut mendapat permintaan tinggi disebabkan ia dijadikan ubat-ubatan dan kosmetik.
Spesies belut mempunyai nilai pemakanan yang tinggi. Daging belut mengandungi sodium, protein, asid lemak tak tepu, omega-3,pelbagai jenis vitamin, kalsium, zat besi, magnesium dan zink.
Dalam perubatan tradisional, belut dikatakan boleh membantu mengubati penyakit seperti buah pinggang, lelah, darah gemuruh, lemah tenaga batin dan penyembuhan luka pembedahan.
Jika kerap memakan belut, ia dikatakan boleh menguatkan daya tahan tubuh, menormalkan tekanan darah, menghaluskan kulit, mencegah penyakit mata, menguatkan daya ingatan.
Lazimnya, belut yang dijual di pasaran tempatan adalah belut liar atau belut sawah yang ditangkap di persekitaran paya, sawah atau kawasan berlumpur. Belut liar biasanya ditangkap menggunakan 'tukil' yang diperbuat daripada buluh atau sekarang ini mudah menggunakan batang paip.
Namun jumlah itu masih tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan pasaran terutama di restoran yang menjadikan haiwan itu sebagai sajian utamanya. Macam-macam menu berasaskan belut disediakan di restoran mendapat permintaan tinggi.
Disebabkan pemintaan melebihi penawaran, harga belut meningkat tinggi. Harga untuk satu kilogram belut antra RM20 hingga RM50 mengikut masih dan musim.
Sekarang belut dipelihara secara komersial bagi memastikan bekalan dapat disediakan berterusan mengikut kehendak pelanggan.
No comments:
Post a Comment