Ikan talapia jenis ikan yang mudah dijaga dan senang untuk dibiakkan. Anda tidak perlu menjadi pakar untuk menternak ikan talapia ini tetapi memadai dengan mempunyai ilmu yang asas.
Kalau dalam keadaan semulajadi ikan itu boleh hidup sendiri, mengapa pula tidak jika kita melakukan sesuatu lebih baik untuk mereka seperti memberi makan dan menjaga kualiti air. Apa yang penting ada sumber berterusan dalam kolam itu.
Jadikan ia sebagai aktiviti keluarga. Boleh latih anak melakukan tugas memberi makan ikan dan sebagainya.
Kalau sudah berminat dan melihat potensi keuntungan, kalau ada peluang boleh dilakukan secara dalam skala lebih besar.
Di Malaysia, ada beberapa usahawan yang berjaya di dalam penternakan ikan air tawar. Ini menunjukkan bahawa ikan ini mempunyai peminatnya yang tersendiri di kalangan warga Malaysia.
Selain daripada memasak sendiri ikan ini di rumah, ikan talapia juga mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran terutamanya di restoran makanan laut dan pasaraya.
Ikan talapia boleh dibiak dan diternak dengan pelbagai cara dan pelbagai jenis persekitaran.
Kita boleh menternak ikan talapia di dalam kolam, sangkar, tasik, tangki plastik dan banyak lagi.
Menternak ikan talapia di dalam kolam mungkin kaedah yang paling mudah dan jimat kerana kita boleh biarkan ikan memakan makanan semulajadi yang ada di dalam kolam tersebut.
Jika menternak di dalam tangki, kita mungkin perlu membeli sistem penternakan yang lengkap seperti sistem penapisan air, alat untuk menganalisis pH air dan lain-lain.
Adalah baik jika kita memulakan penternakan ikan talapia secara kecil-kecilan untuk mendapatkan pengalaman terlebih dahulu sebelum berkembang menjadi sistem yang lebih besar.
Ketika di dalam fasa tumbesaran ini, kita perlu memberi makanan yang mencukupi dan mengekalkan keadaan air yang menggalakkan tumbesaran.
Selain
itu kita juga perlu membuat pemeriksaan ikan-ikan kita agar tidak mempunyai
penyakit.
Ikan talapia selalunya mengambil masa 4 hingga ke 6 bulan untuk membesar dan sedia untuk dijual.
No comments:
Post a Comment