Pesawat FA-50M ganti Baw Hawk 208/108.
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah menerima dua buah
pesawat FA-50M pada 30 Oktober 2026.
Kontrak pembelian 18 pesawat itu dimeterai bersama Korea
Aerospace Industries (KAI) pada Mei 2023 dengan nilai kira-kira RM4 bilion.
FA-50M adalah jenis pesawat tempur ringan (LCA - Light
Combat Aircraft).
Penghantaran sebanyak dua buah FA-50M oleh pembekal
dijangkan dibuat setiap dua bulan. Justeru, TUDM dijangkan akan terima kesemua
jumlah 18 unit pesawat FA-50M menjelang tahun 2028.
Sejumalah 18 unit pesawat FA-50M itu akan dibahagian kepada
dua skuadron , 9 unit Pesawat FA-50M yang ditempatkan di Pangkalan Udara
Kuantan manakala 9 unit lagi akan ditempatkan di Pangkalan Udara Labuan.
Penubuhan dua skudron yang ditempatkan di dua wilayah itu bagi
kesiagaan mempertahankan ruang udara seluruh Malaysia.
Apa bila 18 buah FA-50M diterima, kesemua 16 unit pesawat
Bae Hawk 208 dan 108 akan ditamatkan perkhidmatan selepas 32 tahun berkhidmat
di dalam TUDM bawah No 6 Skuadron di Pangkalan Udara Labuah dan No15 Skuadron di
Pengkalan Udara Butterworth.
Pada 24 Februari 2025, pesawat Hawk Mk 108/208 dari No 15
Skuadron diserahkan kepada No 6 Skuadron. Upacara ini menandakan peralihan
tanggungjawab pengoperasian pesawat Hawk Mk 108/208 secara rasmi kepada No 6
Skuadron.
Pesawat dari Pangkalan Udara Betterworth tersebut kemudiannya
ditempatkan di Pangkalan Udara Kuantan.
Ia dilakukan sebagai langkah penyusunan sebelum menerima
pesawat FA-50M.


No comments:
Post a Comment