Malaysia menerima dua pesawat FA-50M buatan Korea Selatan
pada Jumaat, 30 Oktober 2026.
Ketibaan ini menandakan kumpulan pertama daripada
keseluruhan 18 pesawat yang ditempah dengan nilai kontrak hampir RM4 bilion.
Penerimaan pesawat baharu ini dijangka meningkatkan
keupayaan tempur Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), khususnya dalam
melaksanakan tugas pemantauan dan mempertahankan ruang udara negara.
FA-50M turut dirancang untuk dilengkapi teknologi moden,
termasuk radar AESA dan sistem penyasaran Sniper Advanced Targeting Pod, yang
membantu meningkatkan keupayaan mengesan serta mengenal pasti sasaran dengan
lebih tepat.
Pesawat berkenaan akan ditempatkan di Pangkalan Udara
Kuantan, Pahang, manakala sebahagian armada turut diperuntukkan kepada
Pangkalan Udara Labuan.
Kontrak pembelian 18 pesawat itu dimeterai bersama Korea
Aerospace Industries (KAI) pada Mei 2023.
Baki 16 pesawat dijangka diserahkan secara berperingkat
sehingga 2028, sekali gus melengkapkan armada baharu FA-50M milik TUDM.
Ketibaan pesawat ini menjadi antara langkah Malaysia
memperkukuh aset pertahanan udara dan memodenkan keupayaan angkatan tenteranya.
FA-50M akan menggantikan pesawat Hawk TUDM yang dijadual
ditamatkan perkhidmatannya pada 2028.
Kali terakhir Malaysia membeli jet pejuang tempur adalah
pada 2003, iaitu Sukhoi SU30-MKM.
FA-50M dikategorikan sebagai Pesawat Tempur Ringan (LCA -
Light Combat Aircraft) dan Pesawat Latihan Lanjutan (FLIT / LIFT - Fighter
Lead-In Trainer / Lead-In Fighter Trainer).
Banyak pihak persoal kenapa beli pesawat kecil? Kenapa tidak
beli pesawat MRCA (Multi-Role Combat Aircraft atau dalam bahasa Melayu dikenali
sebagai Pesawat Tempur Pelbagai Peranan)
Pesawat Sukhoi SU30-MKM yang gunakan TUDM termasuk dalam
kategori MRCA atau dikenali sebagai jet pejuang generasi 4.5.
Memang TUDM perlu lebih banyak pesawat kategori MRCA. Namun,
FA-50M yang di bawah kategori LAC juga ada banyak kelebihan.
FA-50M dikategorikan sebagai lebih ringan berbanding MRCA.
Ini memudahkan penerbangan dan laju. Ia boleh bertindak sebagai petugas rondaan
barisan hadapan.
Boleh pintas jet generasi-4 kebawah, pesawat subsonik dan
pesawat yang sering ceroboh ruang udara kita dengan cepat. Kos operasi juga
lebih murah.
Untuk pesawat kategori MRCA boleh dipertimbangkan pada masa
akan datang. Guna dahulu Su-30MKM yang telah dimiliki mengikut kesesuaian
tugas.
Sebelum FA-50M, TUDM mengendalikan pelbagai jenis pesawat
tempur dari tiga negara: Amerika Syarikat (F/A-18D Hornet), United Kingdom (BAe
Hawk 108 dan 208), dan Rusia (Su-30MKM). Itu bermakna terdapat tiga rantaian
bekalan logistik yang berbeza.
Memilih FA-50M bukan bermakana "turun taraf", tetapi
perancangan perolehan yang bersesuaian dengan keperluan semasa, Ia bertujuan
untuk menggantikan Hawk 108 dan 208.
FA-50M dan Hawk, kedua-duanya berada dalam kategori LCA.
Sumber gambar - Media sosial.


No comments:
Post a Comment