Wednesday, 24 May 2023

KEMBALIKAN UMNO KUASAI KEPIMPINAN NEGARA

UMNO mempunyai peluang cerah untuk kembali menerajui pemerintahan negara. Syaratnya di kalangan pemimpin dan ahli parti mesti bersatu. Jauhi perbuatan berbalah sesama sendiri.

Majoriti pengundi sudah sedar kesilapan mereka menolak UMNO pada PRU-14 dan PRU-15 dahulu. Mereka terlalu percayakan sisi buruk yang disensaikan oleh pembangkang ketika itu. Dan mereka juga terpengaruh dengan janji-janji yang tidak mampu ditunaikan.

Pengundi muda yang banyak memihak kepada Pakatan Harapan (PH) pada PRU-14 tidak mendapat apa yang mereka harapkan pada janji-janji PH. Kebaikan yang diharapkan, sebaliknya kecelakaan besar terhadap negara yang mereka dapat.

Janji hapus bayaran Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), penghapusan tol, peluang pekerjaan, penurunan harga petrolium dan segala macam janji tidak ditunaikan sepanjang 22 bulan PH memerintah.

Pada PRU-15, ketidakstabilan politik negara semakin kalut sehingga tidak ada parti yang layak membentuk kerajaan. Kali pertama dalam sejarah PRU sehingga Agong terpaksa mengeluarkan titah agar dibentuk gabungan parti untuk membentuk kerajaan.

Biarpun Kerajaan Perpaduan yang ada sekarang ini mampu mentadbir negara, namunia tidak sebaik dan selancar ketika pemerintahan BN dahulu.

Berlainan ideologi UMNO dan DAP tidak dapat disangkal sebagai satu keadaan seperti api di dalam sekam. Biarpun UMNO menerima DAP dan sebaliknya, ia hanya dalam bentuk “menyelamatkan” Kerajaan Perpaduan dan mempertahankan titah Agong agar kerajaan yang ada sekarang kekal sehingga PRU akan datang.

UMNO BN perlu bangkit untuk kembali menerajui negara berdasarkan kepada kesefahaman yang telah lama terbentu selama ini. UMNO perlu kembali menjuarai di kalangan Melayu dan Islam, serta MCA dan MIC pula di kalangan bangsa masing-masing.

Di pihak UMNO, peluang ini perlu diterjemahkan melalui perpaduan dalaman parti UMNO sendiri. Kalau sesama pemimpin UMNO sendiri saling bertelagah, maka peluang untuk menangi hati orang Melayu akan berkecai.

Tidak dinafikan, saf kepimpinan UMNO peringkat tertinggi berada pada tahap paling baik selepas pemilihan Penggal 2023-2026 selesai. Namun, di peringkat Bahagian dilihat masih banyak yang belum selesai. Luka dan busuk semasa pemilihan masih belum sembuh. Hal ini perlu diselesaikan segera sebelum ia terus memburuk dan membusuk.

Kepimpinan peringkat tertinggi perlu memperbanyak aktiviti atau program yang bersifat “menjahit” kembali luka dan jurang yang terbentuk akibat pemilihan dahulu. Selain itu, latihan kepada jentera parti perlu dibanyakkan.

No comments:

Post a Comment