Thursday, 14 July 2022

TEROWONG KERETA API TAIPING PADANG RENGAS

 
Laluan landasan kereta api lama yang menghubungkan Taiping dan Padang Rengas sejauh 16 kilometer terdapat terdapat empat terowong sepanjang laluan tersebut. 
 
Terowong yang pertama terletak antara Taiping ke Bukit Berapit sepanjang 289.6 meter, terowong kedua adalah antara Bukit Berapit ke Padang Rengas (337.5 meter), terowong ketiga (133.2 meter) dan terowong keempat sepanjang 91.5 meter.
 
Pada waktu dahulu, terowong ini digelar sebagai "lubang gelap" kerana tidak digunakan istilah terowong pada masa itu. Lubang gelap Bukit Berapit dibina pada tahun 1898 dan dibuka pada Julai 1903. Sebelum lubang gelap itu siap, penumpang kereta api kebiasaannya akan dibawa dengan ghari (kereta kuda) dari Taiping ke Padang Rengas.
 
Apabila keempat-empat terowong itu siap, satu landasan kereta api yang siap dibina pada 1905 menjadi laluan utama menghubungkan Ipoh ke Perai.
 
Empat terowong yang merupakan terowong terawal di Malaysia itu kini terbiar apabila ia tidak lagi jadikan laluan kereta api. 

No comments:

Post a Comment