Monday 4 July 2022

KHASIAT TERUNG SUSU KAMBING

 
Terung susu kambing biasa ditanam sebagai tumbuhan hiasan kerana bentuk dan warna buahnya menarik.

Pokok ini boleh mencapai ketinggian sehingga 4 kaki. Ia merupakan tumbuhan tropika. Bunganya berwarna ungu dan ada juga yang bewarna putih. Buahnya pula berwarna kuning terang dan mempunya banyak biji berwarna coklat. Ia membiak melalui biji benih.

Terung susu kambing sama famili dengan terung-terung yang lain seperti terung biasa dan terung pipit.

Dalam perubatan tradisional Melayu terung susu kambing digunakan untuk mengubat penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, buasir dan barah buah dada.

Bentuk buah terung susu kambing memang unik, sangat mirip susu kambing. Sebab itu ia dipanggil terung susu kambing.

Terung susu kambing juga dikenali dengan nama tetek kambing. Berasal dari Mexico dan Amerika Selatan. Buahnya berwarna hijau dan putih ketika muda dan bertukar kuning terang dan berkilat apabila masak. Rasa buahnya kelat.



No comments:

Post a Comment