Apabila
fahaman liberal diagung-agungkan oleh golongan tertentu, maka akan ada puak
atau individu berani menampilkan diri dengan hujah liberal. Mereka cuba
mencabar kewarasan umat Islam di Malaysia dan tidak sekali-kali berasa takut
kerana yakin ada pihak menyokong tindakan yang dilakukan.
Hakikat
ini membawa kepada keberanian individu Islam di Malaysia menempelak masyarakat
Melayu yang menolak perhubungan seks songsang sesama jantina sebagai bersifat
‘homophobia’ dan menolak fitrah semulajadi hidupan.
Kenyataan
itu menyamakan manusia dengan binatang sedangkan kedudukan manusia jauh lebih
mulia dari binatang. Kita diberikan akal fikiran yang waras untuk membezakan
yang mana betul dan yang mana salah. Binatang pula hanya berkisar tentang
habitat mereka semata-mata tanpa kelebihan untuk membezakan antara pahala dan
dosa.
Individu
berkenaan berpendapat pelakuan homoseks boleh dilihat secara universal di
hampir kesemua spesis, namun ‘homophobia’ hanya terlihat di satu spesis sahaja iaitu
manusia.
Kita hanyalah satu-satunya spesis yang mampu berfikir bahawa homoseksualiti
adalah sesuatu yang bukan bersifat semula jadi, tetapi juga merupakan punca
segala jenis kejahatan dan kemusnahan.
Pelakuan
seks sumbang sesama jantina adalah normal di kalangan pelbagai jenis hidupan
lain, seperti dolfin hidung botol, burung angsa hitam, penguin, lalat buah dan
mawas bonobo memperlihatkan sifat biseksual dan homoseksual.
Tentu
sekali manusia tidak mahu disamakan seperti haiwan-haiwan tersebut.
No comments:
Post a Comment