Berzakat
dan bersedekah adalah cara membersihkan diri daripada sifat bakhil. Orang yang
melepaskan diri daripada sikap bakhil adalah golongan yang berjaya.
Kebaikan
sifat pemurah diperoleh oleh orang itu sendiri. Apa yang dibelanjakan di jalan
Allah diberikan balasan yang berganda-ganda.
Firman
Allah bermaksud: “Oleh itu bertakwalah kepada Allah sedaya upaya kamu, dan
dengarlah (pengajaran-Nya) serta taatlah (perintah-Nya), dan belanjakanlah
harta kamu (serta berbuatlah) kebajikan untuk diri kamu. Dan (ingatlah),
sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi tabiat
bakhil, merekalah orang yang berjaya.” (Surah al-Taghabun, ayat 16).
Zakat
fitrah wajib ditunaikan bagi setiap orang yang dikira masih mempunyai makanan
mencukupi untuk diri dan tanggungannya pada hari Aidilfitri.
Golongan
miskin juga wajib mengeluarkan zakat fitrah. Pada masa yang sama golongan itu
juga layak menerima zakat fitrah.
Golongan
lain yang termasuk dalam asnaf penerima zakat fitrah ialah fakir, pengurus
zakat (amil), mualaf, hamba hendak dimerdekakan, orang yang berhutang, berjuang
pada jalan Allah dan musafir.
Sesungguhnya,
memberi zakat kepada golongan layak menerimanya adalah sebahagian daripada
pertolongan mengeratkan kasih sayang sesama Muslim. Dengan itu dapat menghilangkan perasaan iri
hati, sombong, mementingkan diri dan dendam.
Tanpa
ikatan kasih sayang akan musnahlah perpaduan umat Islam. Akibatnya lahirlah
masyarakat yang hidup tanpa memperdulikan hak-hak Muslim lain. Sesiapa yang hidupnya hanya mementingkan diri
sendiri, dia tidak termasuk golongan orang beriman.
Sabda
Rasulullah bermaksud: “Tidak sempurna iman seseorang itu sekiranya dia tidak
mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri.” (Hadis riwayat
Bukhari dan Muslim).
Pertubuhan
Cakna Asnaf Kelantan mengalu-alukan sumbangan dari orang ramai untuk memberi
peluang lebih banyak asnaf dapat dibantu.
Untuk
maklumat lanjut boleh hubungi Pengerusi Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan,
Fazliaton di talian 011-1941-3639
Pihak
yang ingin menyumbang boleh dilakukan melalui akaun bank: 100-5055-000000-084
(MBSB).
Pertubuhan
Cakna Asnaf Kelantan adalah pertubuhan berdaftar. Nombor pertubuhan:
PPM-006-03-30032021
No comments:
Post a Comment