Enam unit Helikopter MD530G diterima Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) memperkukuhkan ketumbukan tempur Tentera Darat Malaysia (TDM).
Pesawat
MD530G merupakan pesawat buatan Amerika Syarikat dan dibina oleh MD Helicopter
Inc (MDHI).
Helikopter
ini telah selamat tiba di Pelabuhan Klang pada 21 Februari 2022 jam 0300
setelah melalui pelayaran panjang selama 31 hari dari Pelabuhan Oakland,
Amerika Syarikat pada 20 Januari 2022.
Selain
membekal enam buah helikopter, kontrak perolehan ini juga merangkumi program
latihan untuk juruterbang dan juruteknik Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD).
Seramai
lapan juruterbang dan sembilan juruteknik telah menghadiri program latihan
tersebut di Mesa, Arizona, Amerika Syarikat selama 43 hari bermula pada 26
April hingga 11 Jun 2021.
Pesawat
ini juga telah melalui pemeriksaan kefungsian dan keupayaan pesawat. Ia
dilakukan demi menentukan kualiti pesawat ini menepati spesifikasi TDM.
Pemeriksaan
ini merangkumi pemeriksaan fizikal pesawat, pemeriksaan kefungsian/keupayaan
pesawat, pemeriksaan fizikal alat ganti, pemeriksaan 'Flight Training Device'
(FTD) (simulator) dan pemeriksaan fizikal persenjataan pesawat.
Peranan
utama helikopter ini adalah sebagai pesawat tempur ringan dan keupayaan kuasa
tembakan yang dimiliki oleh pesawat ini mampu menggempur kenderaan perisai
ringan dan trup infantri pada jarak 500 meter ke tujuh kilometer.
Bukan
itu sahaja, ketangkasan yang dimiliki oleh helikopter ini juga membolehkan
ianya melaksanakan tugas tinjauan udara.
No comments:
Post a Comment