Wednesday, 16 February 2022

KISAH LASSIE ANJING DISUKAI RAMAI

 
Anjing adalah spesies peliharaan yang pertama. Walaupun, tidak pasti sejauh mana hubungan bermula, tetapi di dalam Al-Quran ada menyebut mengenai sekumpulan pemuda bersama anjing mereka melarikan diri bersembunyi di dalam gua untuk mengelak dari pememerintah yang zalim yang dipercayi berlaku ribuan tahun dahulu.

Malah, dalam kisah-kisah masyarakat terkemudiannya dan berterusan sehingga sekarang, mencerita mengenai hubungan akrab manusia dan anjing.

Di Barat, terdapat banyak filem atau drama teleyisyen yang menjadikan anjing sebagai sebahagian watak utama. Paling dikenali dan diminati ialah Lassie. Watak Lassie berasal dari cerita fiksyen pendek karya Eric Knight. Ia kemudian dikembangkan kepada novel “Lassie Come-Home”.

Diterbitkan pada tahun 1940, novel Knight kemudian difielmkan oleh MGM pada tahun 1943 sebagai Lassie Come Home dengan anjing bernama Pal memainkan watak sebagai Lassie.

Pal kemudian muncul dengan nama filem "Lassie" dalam enam filem MGM lain sepanjang tahun 1951. Pemilik dan jurulatih Pal, Rudd Weatherwax kemudian memperoleh nama dan tanda dagangan Lassie dari MGM dan muncul dengan Pal di jelajah pameran di seluruh Amerika pada awal tahun 1950an.

Watak "Lassie" telah muncul di radio, televisyen, filem, mainan, buku komik, siri animasi, novel remaja dan media lain.

Pada tahun 1954 Lassie muncul di TV dan rancangan itu berlangsung selama 19 tahun. Siri Lassie kedua muncul pada tahun 1980-an, kemudian pada tahun 1997 siri Lassie baharu muncul di Animal Planet.

Sekarang, nama Lassie turut merujuk kepada baka anjing yang menampilkan ciri seperti Lassie di dalam filem mahupun rancangan televisyen.

No comments:

Post a Comment