Tuesday 27 October 2020

CARA MEMBALAS TERHADAP ORANG LAKUKAN KEJAHATAN KEPADA KITA

Jika ada individu atau kumpulan melakukan kejahatan atau perkara buruk kepada kita atau keluarga, kita pastinya akan ‘membalas’ terhadap perbuatan itu.

Kita boleh memilih antara empat cara untuk membalas iaitu membalas semula kejahatan dengan kejahatan. Cara ini pastinya bukan cara yang terbaik, malah akan memburukkan keadaan, serta akan terjadi permusuhan yang berpanjangan. 

Langkah seterusnya ialah berdiam diri. Tidak perlu membalas, hanya perlu bersabar. Tetapi cara ini amat sukar untuk dibuat. Terpaksa memendam perasaan yang sangat sakit, kecuali jika seseorang itu sudah redha dengan segala ketentuan Allah.

Kita juga boleh membalas kejahatan itu dengan kebaikan. Memang agak terlalu sukar untuk kita lakukan, tetapi itulah sifat terpuji. 

Langkah lain yang boleh dilakukan ialah doakan mereka agar diberi hidayah oleh Allah, serta akan insaf dan beriman. 

Gambar Dataran Lang, Langkawi sekadar hiasan 

No comments:

Post a Comment