Filem pertama arahan YouTuber, Syahmi Sazli ini berjaya memecah rekod tersendiri. Secara tidak langsung ia telah melahirkan bakat baru dan menjadi game changer dalam industri perfileman.
Kejayaan filem ini turut mengangkat genre drama komedi ke aras yang lebih tinggi. Karya Syahmi yang lebih santai ini menepati citarasa penonton yang mahukan sesuatu yang ringan dalam jenaka menghiburkan.
Syahmi sendiri telah membuktikan kejayaan seorang YouTuber sebagai pengarah dan penerbit juga pelakon filem tersebut.
Malah, fenomena YouTuber juga antara kelebihan dan rezeki Syahmi yang mempunyai ramai peminat dan pengikut di YouTube. Ini juga dikatakan antara faktor kejayaan Mael Totey The Movie.
Jelas, kejayaan filem ini telah memberi sinar baru buat industri perfileman tempatan yang terjejas akibat pandemik Covid-19. Dengan norma baru, masyarakat kini lebih gemar menonton hiburan yang mudah diakses.
Mael Totey The Movie mengisahkan seorang pemuda lurus bendul, Mael yang berusaha pelajari Bahasa Inggeris demi memenuhi syarat gadis idamannya, Yaya. Tetapi Mael bertemu cinta sejatinya bersama cikgu Bahasa Inggeris yang mengajarnya.
Konflik antara Mael, cikgu dan Yaya diselesaikan oleh empat budak istimewa, Asif, Yoe, Yatin dan Bedul.
Filem itu membariskan Syahmi Sazli sebagai teraju utama, selain selebriti YouTube Yoe Parey, Asif Suhaimi, Emaleen Minhad dan Aween Ismail. Diikuti pelakon Hushairi Hussain, Daler Yusof, Aznah Hamid, Kamarool Yusoff dan penyampai radio Gegar, Ewan.
No comments:
Post a Comment