Pesawat menjunam ke dalam tanah.
Sebuah pesawat jet peribadi jenis Learjet 60 terhempas di
kawasan perumahan berhampiran Cresthaven (Greenacres), Palm Beach County,
Florida, Amerika Syarikat, pada 1 November 2026, mengorbankan kesemua sembilan
orang di dalam pesawat tersebut.
Kejadian kira-kira jam 12.50 tengah hari waktu tempatan itu
melibatkan pesawat jet perniagaan/peribadi yang berlepas dari Austin, Texas
menuju ke Bahamas.
Pesawat menjunam terus terhampas ke tanah sehingga membentuk
kawah seperti letupan bom yang luas dan bangkai jet tersebut
"terkumpul" di dalamnya sehingga tiada kelihatan serpihan bangkai di
luar kawah tersebut.
Menerusi rakaman komunikasi kawalan trafik udara (ATC)
sebelum nahas, juruterbang melaporkan bahawa pesawat mereka sedang berhadapan
dengan masalah pembentukan ais (icing) serta gelora udara sederhana (moderate
turbulence) ketika terbang dalam cuaca buruk.
Selepas meminta izin untuk mendaki ke altitud lebih tinggi
bagi mengelak cuaca buruk tersebut, jet peribadi itu tiba-tiba hilang kawalan
dan menjunam pada kelajuan ekstrem melebih 20,000 hingga 30,000 kaki seminit
sebelum terhempas.
Teori pakar penerbangan menjelaskan bahawa pembentukan ais
pada bahagian kritikal pesawat (seperti sayap atau penstabil ekor horizontal)
boleh merosakkan sistem aerodinamik, menyebabkan berlakunya pegun pada bahagian
ekor yang memaksa hidung pesawat menjunam secara menegak ke bawah.
Icing problem (masalah pengesan pembekuan atau pengumpulan
ais) secara umumnya merujuk kepada situasi di mana ais terbentuk dan berkumpul
di atas permukaan objek, yang kemudiannya menjejaskan fungsi, keselamatan, atau
kecekapan objek tersebut.
Istilah ini paling kerap digunakan dalam bidang penerbangan
dan kejuruteraan.
Dalam dunia penerbangan, icing problem adalah ancaman
keselamatan yang sangat serius. Ia berlaku apabila pesawat terbang melalui awan
atau hujan yang mengandungi titisan air super-sejuk (air yang kekal dalam
bentuk cecair walaupun suhunya di bawah takat beku).
Ais yang membeku pada
sayap mengubah bentuk sayap, mengurangkan daya angkat (lift), dan menambah
berat serta daya seretan (drag). Ini boleh menyebabkan pesawat hilang kawalan
atau terhempas (stall).
Pengesahan punca sebenar nahas memerlukan penyiasan rapi.

No comments:
Post a Comment