Etnik Idaan pewaris Gua Madai.
Etnik yang mendiam kawasan Lahad Datu, Kinabatangan,
Sandakan dan Kunak ini juga dikenali dengan beberapa sebutan atau nama seperti
Ida'an, Idahan, Buludupi, Sahahan, Eraan, Idayan, Idaan Sungai, Segamo, Barruk dan
Bedaro.
Populasi etnik Idaan seluruh Sabah dianggarkan seramai
50,000 orang dan menganuti agama Islam.
Bahasa Idaan adalah bahasa tersendiri. Bahasa suku ini tidak
terkait rapat dengan mana-mana kelompok bahasa lain di Sabah. Bahasa Idaan tergolong
dalam keluarga bahasa Melayo-Polinesia (Northeast Sabahan).
Etnik Idaan dikatakan berasal daripada Lembah Tingkayu dan
Lembah Mensuli iaitu dua kawasan prasejarah yang terdapat di Sabah.
Idaan dipercayai sebagai bangsa tertua di Sabah berdasarkan
bukti-bukti kukuh yang dimiliki suku ini, dalam beberapa catatan sejarah yang
tertulis oleh penjelajah Barat, suku asli Sabah disebut sebagai Idaan itu nama
kepada suku ini.
Sebelum dikenali sebagai Idaan, suku ini menggelarkan diri
mereka sebagai Bedaro, Bedaro ada bangsa purba yang mendiami Sabah, bangsa ini
terkenal dengan budaya pengkebumian jenazah menggunakan keranda kayu balak yang
masih dapat dilihat sehinggalah ke hari ini.
Budaya ini kemudiannya tersebar meluas di kalangan suku-suku
lain terutamanya di Pantai Timur Sabah dan Kalimantan Timur/Utara.
Beberapa kawasan penempatan prasejarah yang diakui sebagai
tempat asal suku ini adalah seperti Gua Madai, Gua Tepadung, Gua Gomantong, Gua
Segarong, Batu Supu, Batu Tulug, Melanta Tutup, Gua Siput, Bukit Kemiri, Lembah
Danum dan sebagainya.
Idaan juga adalah suku pertama yang dipercayai memeluk Islam
di Sabah. Ini berdasarkan penemuan manuskrip dalam bahasa Idaan lama dalam
tulisan Jawi bertarikh 1408, yang disimpan di Kampung Sapagaya.
Mereka memeluk Islam selepas raja mereka Raja Abdullah bin
Raja Lepit Tenau. memeluk Islam. Cucu cicit keturunan Maharaja Saligantong bin
Maharaja Dawatan, iaitu keturunan Raja Abdullah ada tinggal di Sukau.
Kumpulan yang tidak memeluk Islam berhijrah ke dalam hutan
dan menjadi suku Begak dan Subpan hari ini.
Selain itu suku ini juga terkenal sebagai pewaris gua-gua sarang
burung di Sabah yang masih diteruskan sehingga kini.
Selama lebih 500 tahun, hanya orang Idaan sahaja yang diberi
hak untuk masuk dan mengutip sarang burung di Gua Madai, Baturong dan Segarong.
Itu adat turun temurun mereka. Gua itu bukan sekadar gua, itu pusaka mereka.
Etnik Idaan pernah ada kerajaan bernama Bu-lud Temil
diasaskan oleh Aki Apoi. Ibu kotanya ialah Gua Madai. Wilayahnya luas, dari
Kinabatangan sampai ke Semporna.
Kredit pemilik gambar.
Gambar - Gua Madai yang menjadi warisan etnik Idaan.


No comments:
Post a Comment