Hidup ini tidak keseorangan.
Kalau kita ikhlas meminta tolong, pasti akan ada yang sudi
menolong. Bukan sekadar apa yang kita minta dan mungkin lebih sehingga di luar
apa yang kita harapkan.
Inilah kisah seorang anak muda bernama Xu Chenghong (atau
dikenali di media sosial sebagai Xiao Xiao Xu), berusia 24 tahun dari sebuah
kampung pergunungan di Zhaotong, Wilayah Yunnan, China.
Dia orang kampung yang miskin sahaja. Bahkan dia merupakan
anak yatim.
Ayahnya meninggal dunia masa dia berusia 3 tahun. Dua tahun selepas itu, ibunya
kahwin lain tinggalkan dia dengan abangnya. Dia dan abangnya tinggal berama
neneknya .
Masa dia berusia 7 tahun, neneknya pula meninggal dunia. Dia tinggal berdua
dengan abangnya menghadapi kesukaran hidup.
Namun, dengan usaha gigih melakukan pelbagai kerja, mereka
berdua mampu bertahan hidup secara sederhana.
Apabila meningkat dewasa, dia bertemu pasangan bersedia
menerimanya seadanya. Luo Chui.
Dia berusaha gigih mengumpul wang perkahwinan bertahun-tahun. Dia berjaya
kumpul sekitar RM100 ribu.
Apabila hampir hari perkahwinan yang ditetapkan pada 31
Oktober 2026, dia sedar kedudukannya yang tiada keluarga. Hanya dia dan
abangnya.
Jika disediakan tiga meja pun belum tentu penuh.
Jadi, pada 25 Oktober 2026, dia membuat undangan terbuka di
Douyin, satu platform terkenal di China, dengan memuat naik satu video
menjemput sesiapa sahaja untuk hadir ke majlisnya sekadar untuk meramaikan
suasana tanpa perlu memberi sebarang wang hadiah.
Video itu tular dengan pantas. Banyak penonton yang tersentuh melihat rayuan
anak muda ingin majlis perkahwinan dia meriah.
Sejak hari itu, berbondong-bondong orang datang dari seluruh pelusuk China,
bahkan dari Hong Kong. Ada juga Chinese yang menetap di US balik semata-mata hendak
hadiri majlis perkahwinannya!
Tetamu yang hadir bukan dengan tangan kosong. Kehadiran
ribuan orang: Tindakan ikhlas itu menyentuh hati rakyat China.
Ribuan orang asing membanjiri kampung tersebut dengan
membawa makanan, hadiah, kelengkapan, serta bantuan memasak, sehingga majlis
itu terpaksa dipindahkan ke kawasan lapang yang lebih besar dengan bantuan
pihak berkuasa tempatan.
Dianggarkan lebih 10,000 orang berkumpul. Ada juga jutawan yang hadir dan
sponsor macam-macam. Ada yang sukarela menjadi pengurus acara agar mampu atau
bersedia terima puluhan ribu tetamu.
Kereta pengantin jenama Mybach yang harga berjuta ditaja dan diiringi pelbagai
kenderaan mewah lain.
Syarikat telco terkenal China mebawa lori internet 5G agar internet di kampung
itu tidak terputus. Orang ramai beli lampu jalan solar pasang di sepanjang
jalan.
Seramai 40 orange chef terkenal di China memasak masakan terbesar untuk
perkahwinan yang pernah mereka masak.
Perkahwinan pasangan muda berusia 24 tahun ini menjadi suatu pesta perkahwinan
terbesar dalam sejarah!
Anak muda ini menggemparkan seluruh China dan dunia kerana
majlis pernikahannya adalah yang terbesar dalam sejarah, yang mendapat sokongan
dan dokongan masyarakat seluruhnya.
Dia bukan kaya dan tidak ternama, namun dia ada keinginan agar
perkahwinannya tidak "mati", bukan hendak mewah atau meriah
besar-besaran.
Cukup dengan kehadiran memenuhi tiga meja yang dianggarkan
sekitar 30 orang sahaja.
Namun, ternyata majlis perkahwinanya tidak hanya dihadiri
dia dan abangnya, tapi satu keluarga besar dari seluruh China dan luar China.

No comments:
Post a Comment