Saturday, 31 October 2026

NANAS MD2 RASA SANGAT MANIS

 
Nanas MD2 rasa sangat manis.

Nenas MD2 adalah varieti nanas premium yang terkenal di Malaysia dan peringkat global kerana kualiti buahnya yang tinggi.

Satu ciri nanas MD2 ialah rasanya sangat manis. Isi berwarna kuning keemasan.

Tekstur isinya rangup dan tidak mudah lembik. Jadi, ia mudah dijurai atau dihiris untuk dihidangkan.

Rasanya tidak lidas pada lidah, dan mempunyai kandungan air yang tinggi.

Buahnya berbentuk silinder sekata, mempunyai saiz mata yang besar dan rata.

Sebiji MD2 biasanya mencapai berat sekitar 1.5 kilogram hingga 2.5 kilogram. Jika pokoknya dijaga rapi dengan pembajaan yang baik, buahnya boleh mencapai berat sehingga 3.5 kilogram bagi setiap biji.

Pokok ini memerlukan kira-kira 12 hingga 14 bulan dari masa penanaman atau penyelarasan buah sebelum boleh dituai.

Nanas MD2 memang menjadi pilihan penaman nanas. Mudah ditanam dan hasilnya lumayan.

No comments:

Post a Comment