Kata Al-Asma'i: “Kalau kamu mahu menduga
akal seseorang dalam satu majlis, sampaikan kepadanya satu ucapan yang tiada
asal-usulnya (mengarut dan merepek).
Kalau kamu lihat dia tekun mendengar lalu
menerimanya, ketahuilah sesungguhnya dia bodoh. Kalau dia membantahnya, dia seorang yang
berakal.”
Abdul Malik ibn al-Quraib al-Asmai dilahirkan di Basrah pada tahun 740 Masihi. Dia merupakan seorang ahli sastera Arab sekaligus ilmuwan bidang zoologi, botani dan penjagaan haiwan.
Dia amat meminat bidang puisi Arab. Al-Asmai dianggap sebagai ilmuwan
Muslim pertama yang memberikan sumbangan dalam bidang zoologi, botani, dan penternakan.
Tulisannya yang terkenal di antaranya Kitab Ibil, Kitab Khalil, Kitab Wuhush,
Kitab Sha, dan Kitab Khalqal Insan.
Buku terakhirnya tentang anatomi
manusia membuktikan pengetahuannya yang mendalam dan luas mengenai bidang
tersebut. Karya Al-Asmai sangat popular di antara para ilmuwan abad ke-9 dan
ke-11.
No comments:
Post a Comment