Di Semporna, Sabah terdapat banyak pulau yang
cantik. Pulau Mataking antara pulau yang menjadi tumpuan pelancong, terutama yang berminat
melakukan aktiviti selam snorkel (snorkeling) dan selam skuba (scuba diving).
Dengan pasirnya yang cukup putih, dan air
yang membiru, Pulau Mataking antara tempat ideal untuk mereka yang suka melakukan
aktiviti selam snorkel dan selam skuba. Sebab
seluruh kawasan pulau ini dikelilingi batu karang dan ada 30 tempat selam skuba
yang anda boleh dicuba.
Oleh sebab kawasan ini ada tempat
pemuliharaan penyu, kalau anda datang pada musim ia bertelur, anda boleh lihat
ia naik ke darat. Dan kalau menyelam pun, tak ada masalah untuk anda berjumpa
dengan mereka dalam kawasan laut.
Satu-satunya resort yang ada di Pulau
Mataking ialah Reef Dive Resort. Di resort tersebut ada pasukan khas pasukan biologi
laut yang bertugas untuk menjaga program pemuliharaan penyu.
Untuk ke Pulau Mataking perjalanan dengan
bot laju dari Jeti Semporna ialah dalam 40 minit.
Sebenarnya Pulau Mataking terbahagi dua
iaitu Pulau Mataking Besar dan Pulau Mataking Kecil. Bila air pasang akan
nampak Pulau Mataking Kecil dan Mataking Besar seolah-olah terpisah tetapi jika
air surut akan nampak kawasan yang berpasir yang menghubungkan kedua pulau. Jarak
antara keduanya berjalan kaki dalam masa 20 minit.
Dari segi geografinya, pulau ini sangat
hampir dengan perairan negara Filipina ataupun dengan istilah lain adalah bersempadanan
dengan Filipina. Di sini juga anggota keselamatan lebih ramai ditempatkan dan ada
kawasan pendaratan helikaptor.
Pulau Mataking Semporna
Pulau Timba Timba, Semporna
Pulau Pom Pom, Semporna
No comments:
Post a Comment