Penyakit adalah satu daripada bukti yang
menunjukkan manusia ini adalah makhluk yang lemah. Apabila ditentukan Allah SWT
akan berlaku, ia pasti berlaku dan akan mengenai sama ada orang baik atau orang
jahat.
Penyakit berlaku kepada orang yang taat
kepada Allah SWT dan orang yang fasiq (ingkar perintah Allah). Cuma ia berbeza
antara individu.
Namun, seseorang yang diuji oleh Allah SWT
dan dia bersabar di atas ujian itu, pasti Allah SWT akan mengurniakan kepadanya
kelebihan yang banyak.
Frman Allah SWT: "Sesungguhnya orang
yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak
terkira." (Surah al-Zumar, ayat 10)
Sesungguhnya yang menyembuhkan penyakit
adalah ketentuan Allah SWT. Kita hanya berusaha melakukan apa yang sepatutnya
untuk menyembuhkan, termasuk mendapatkan rawatan dan mengamalkan kaedah atau
cara yang diketahui umum sebagai cara pengubatan.
Firman Allah SWT bermaksud: "Dan
apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku.” )Surah Ash-Shuara,
ayat 80)
Ayat di atas merupakan doa Nabi Ibrahim
dalam rangka usaha dakwah kepada kaumnya, agar mereka faham yang berkuasa
menyembuhkan kesakitan adalah Allah SWT.
Gambar - Pesakit kegagalan buah pinggang menjalani prosis dialisis
No comments:
Post a Comment