Kalau
bukan kita sendiri menyumbang membantu anak yatim piatu, jadilah orang sebagai
pengantaraan melakukannya.
Itulah
yang sering dilakukan oleh Roslan Ismail apabila beliau sering diberi
kepercayaan oleh NGO atau individu lain sebagai pengantara menyampaikan bantuan
kepada penduduk di kepulauan delta Sungai Kelantan.
Ambo
kongsi catatan Roslan Ismail:
"Rezeki
yatim piatu ..malam tadi. seorang kakak, tua setahun dari Lan, dulu
Sekolah Menengah Tumpat juga, mula mula dia pm inbox’ Lan tak perasaan, lepastu
dia wasap minta no akaun. pagi ni dia
masuk RM300 agar wi ko yatim piatu. alhamdulillah."
Wang
yang dimasukkan ke dalam akaunnya itu tidak dipegang lama. Terus dipanggil anak yatim piatu untuk
menerima sumbangan itu.
Biarpun
berstatus OKU, Roslan yang juga dikenali Abe Lan atau Lan Pulau Seratus melakukan apa yang terdaya. Jika, tidak pergi sendiri menyerahkan
sumbangan, dia minta orang datang ke rumahnya. Begitulah kebiasannya.
Selain
menjalankan aktiviti kesukarelawan secara individu, Roslan juga banyak membantu
program dianjurkan Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan (PCAK) yang mana dia salah seorang
ahli jawatankuasa.
No comments:
Post a Comment