Tanah
milik PKNK dikatakan seluas 700 ekar dibangunkan serta memberi manfaat peluang
pekerjaan kepada penduduk setempat. Namun, kisah mengenai Teh Lenggong sekadar
menjadi sejarah.... mengapa dan kenapa ia tidak diteruskan manjadi rahsia
kepada orang ramai.
Banyak
di kalangan penduduk sebenarnya tidak tahu di Lenggong ada ladang teh yang luas
sayup mata memandang.
Pun
begitu, kisah mengenai kewujudan ladang teh kembali menerpa minda dan
pengetahuan ramai. Ini kerana kawasan berkenaan kini menjadi kawasan hiking
penduduk setempat dan peminat mendaki dari luar Lenggong.
Mereka
yang melakukan hiking di kawasan tersebut akan menuju ke puncak di mana
terdapat mercu tanda iaitu Stesen Gelombang Mikro Ladang Teh Lenggong. Nama
tersebut menarik minat pengunjung untuk mengetahui kaitan nama ‘Ladang Teh
Lenggong’ dengan tempat itu.
Selain
itu, kawasan tersebut kini telah dimajukan sebagai tempat percutian yang
dikenali Masbro Hidden Village. Masbro Hidden Village adalah tempat percutian yang
jaun dari kesibukan bandar besar. Menariknya, bangunan penginapan di situ
dibina mengikut senibina pondok buluh tradisional (Negrito/Senoi/Proto Melayu).
Setiap pondok boleh menampung 6 orang penghuni.
Kawasan
tersebut terdapat air terjun yang nyaman sesuai dengan status kawasan sebagai hutan
hujan Warisan Dunia UNESCO yang tidak disentuh Lenggong, Perak.
Masbro
Hidden Village terletak 2 kilometer dari bandar Lenggong dan 1.8 kilometer dari penempatan
terdekat, pengunjung boleh menikmati ketenangan alam semula jadi.
No comments:
Post a Comment